20 January 2014

PULAU PANGKOR , TELUK GEDUNG

Setelah makan tengahari di Gerai yang terdapat di Pantai Teluk Nipah, kami sepakat untuk kembali ke Pekan Pangkor dan menghala ke Teluk Kecil dan Teluk Gedung yang berada di sebelah timur Pulau Pangkor.

Teluk Kecil merupakan kampung nelayan dan penduduknya terdiri dari orang Melayu.  Kami meneruskan perjalanan ke Teluk Gedung dimana diberitahu bahawa disini terdapat tinggalan Kota Belanda dan juga Batu Bersurat.

Kota Belanda

Kota Belanda ini didirikan pada tahun 1670 bagi menyimpan timah yang dibawa dari Perak oleh pihak Belanda. Timah akan di simpan  dalam Kota ini sebelum di bawa pulang ke Negara Belanda  melalui jalan laut. Dalam tahun 1690  Kota ini telah di musnahkan oleh orang-orang Melayu yang tidak berpuashati dengan pentadbiran Belanda. Kota ini telah di wartakan sebagai tapak warisan oleh Jabatan Warisan Negara dan sekarang di bawah jagaan Jabatan Muzium.

Kami juga sempat melihat  Batu Bersurat yang terletak berhampiran dengan Kota Belanda ini. Batu bersurat yang  ada tertulis 1743 serta memaparkan tulisan yang tidak difahami dan gambar seekor harimau.







Setelah melawat dua tempa bersejarah ini kami kembali ke Pekan Pangkor mencari ikan masin, ikan bilis dan makanan kering dari laut. Banyak kedai-kedai menjual makanan kering laut ini di Pekan Pangkor yang kebanyakannya di punyai oleh pekedai berbangsa Cina. Pelbagai pilihan ikan bilis dan ikan masin boleh didapati di sini dengan harga yang berpatutan.


No comments: