17 October 2013

GST - Kesan kepada Rakyat


KESAN GST (Goods and Services Tax) kepada rakyat umum khususnya pengguna terbahagi kepada tiga ketogari iaitu kesan terhadap Negara, kesan keatas ekonomi negara dan kesan kepada rakyat biasa.

Kesan kepada Negara secara umumnya dengan pelaksanaan GST pendapatan kerajaan melalui cukai akan meningkat dan lebih terurus, apabila adanya peningkatan ini membolehkan kerajaan menjana dapatan ini untuk kesejahteraan rakyat dan meningkatkan pendapatan rakyat dan menjadikan Negara berpendapatan Tinggi.

Kesan kepada Ekonomi pula ialah kedudukan ekonomi Negara akan lebih sihat dan stabil Kesan kepada Rakyat pula ialah kebajikan Rakyat lebih terurus dan terjaga.

PERSEPSI AWAM 

1. Dengan pelaksaaan GST akan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan
2. Golongan berpendapatan rendah akan lebih terkesan
 3. Membebankan Rakyat.

KENAPA RAKYAT MENOLAK GST 

1. Kurangnya atau tiadanya maklumat
2. Tidak memahami
3. Takut
4. Salah Faham/Menolak GST

PELAKSANAAN GST

Bagi Pengguna/Rakyat Biasa

1. Hampir semua barang keperluan dan perkhidmatan asas dikecualikan dari GST atau 0% GST contohnya Beras, gula, minyak masak, tepung, daging, ayam dan lain-lain.

2. Barang-barang pembuatan dan dikilangkan contohnya baju, beg, kasut, makanan dalam tin, perabut, peralatan dapur, minyak wangi, kereta dan sepertinya akan dikenakan GST atas kadar 4 - 7%.

Bagi Syarikat

1. Syarikat berpendapatan RM500,000 setahun diwajibkan mendaftar GST

2. Syarikat berpendapat kurang dari RM500,000 setahun tidak diwajibkan mendaftar GST namun begitu digalakkan untuk mendaftar GST bagi memudahkan urusan perniagaan terutama apabila berurusan dengan Syarikat yang telah berdaftar GST.

* Nota... Cukup dulu, nanti dapat info akan terus lagi menulis mengenai GST bagi pemahaman bersama.

* Untuk permahaman yang jelas boleh baca Artikel bertajuk GST: Salah faham mengenai GST dalam blog  ini...sila pilih label GST untuk membaca Artikel  mengenai GST dalam blog ini...


GOOD LUCK and CHEERS....

No comments: