Galeria Sri Perdana merupakan kediaman rasmi Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Tun Dr. Mahathir Mohamad tinggal dirumah ini selama enambelas tahun iaitu pada tahun 1983 hingga 1999. Galeria Sri Perdana ini dulunya di panggil Sri Perdana iaitu rumah rasmi Perdana Menteri Malaysia sebelum rumah rasmi Perdana Menteri diubah lokasinya di Putarajaya. Rumah rasmi Perdana Menteri di Putrajaya dari segi sebutan masih mengekalkan nama Seri Perdana cuma berbeza sedikit dari segi ejaan.
Permandangan dari lobi GSP |
Galeria ini diwujudkan bagi mengingati dan mengenang jasa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara iaitu selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
Galeria ini menampilkan konsep residensi dimana sebahagian besar ruang dikekalkan seperti asal dan bahagian lainya diubahsuai menjadi ruang pameran.
Melawat ke Galeria Sri Perdana ini, dapat melihat sisi kehidupan seharian seorang Perdana Menteri khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad. Susunatur ruang seperti ruang tamu utama, ruang tamu kedua, dewan jamuan, bilik tidur, dapur utama, bilik dobi, bilik bacaan, bilik pertukangan masih dikekalkan sepertimana kedudukan asal.
Memandangkan kedudukan Galeria Sri Perdana ini diatas bukit, jadi pemandangan sekelingnya agak menarik. dari kejauhan akan terlihat bangunan KLCC, Menara Kuala Lumpur, Menara Maybank dan bangunan-bangunan lain disekitar Kuala lumpur. Keluasan sekeliling juga dipenuhi pohon-pohon rimbun, taman dan kolam pacutan air yang menarik perhatian pengunjung.
Kenali Tokoh Negarawan dan datanglah melawat dan mengunjungi Galeria Sri Perdana... sisi kehidupan Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia.

No comments:
Post a Comment