Beberapa hari lalu, dalam perjalanan ke pejabat menaiki kereta kancil 850cc sambil berangan-angan, tiba-tiba berdesup kereta BMW X3. Pemandunya seorang lelaki tampan, tanpa menoleh memacu terus kehadapan. Tersentaklah juga, maklumlah tadinya sedang berangan-angan.
Sampai di satu simpang empat, kereta tersebut tidak berhenti malah memecut laju, sedangkan lampu isyarat berwarna kuning. Aku memberhentikan kereta sambil memikir-mikir akan sikap pemandu BMW X3 itu.
Orangnya segak bergaya, keretanya cantik dan tentu mahal harganya. Kenapa dia memandu begitu laju malah melanggar lampu isyarat?... Dalam aku berfikir-fikir itu, lampupun bertukar hijau, aku meneruskan perjalanan, tidak sampai 200 meter kulihat ada beberapa buah kereta berhenti ditepi jalan, kereta dihadapan ku juga memandu perlahan. Ku toleh di sebelah kiri jalan, dan terpandanglah kereta BMW X3 berwarna biru gelap yang memintas ku tadi, tersadai di tepi jalan, bonet depannya remuk, kaca cermin bertaburan, disebelahnya sebuah lori kargo yang tidak bergerak.
Sempat ku lihat dia terkial-kial keluar dari kereta, lagak jagoannya tadi hilang tiba-tiba. Dia menelifon seseorang. Aku meneruskan perjalanan dan masih juga berfikir-fikir, kesihan juga aku tengok dia terkial-kial begitu, tetapi menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya, kalau dia memandu berhemah tadi mungkin kemalangan itu tidak berlaku. Walaupun orang kata malang tidak berbau tetapi kita boleh mengelaknya dari berlaku. Janganlah berlagak jagoan di jalanraya walaupun punyai kereta tercanggih sekalipun. Kemalangan tidak mengenal jenis kereta apa yang dipandu, tetapi kemalangan sering berlaku kerana sikap pemandunya.
* Sama-samlah kita memandu secara berhemah ketika memandu pulang bercuti ke kampung halaman atau pergi bercuti bersama keluarga sempena cuti tahun baru cina nanti. Selamat Bercuti.
No comments:
Post a Comment