14 January 2010

TABIAT DAN SIKAP BURUK DI PEJABAT


Tabiat buruk di Pejabat

  1. Cuba mengelak diri dan berbuat tidak kenal rakan sepejabat di pejabat, tempat makan, atau ketika mesyuarat.
  2. Mengossip atau mengumpat.
  3. Berjumpa dengan rakan sepejabat dengan tujuan untuk berborak.
  4. Tidak mengetuk pintu (jika pejabat rakan sejawat berbilik) masuk dan dengan selamba duduk di kerusi kosong yang ada tanpa di pelawa.
  5. Tidak membuat temujanji. Datang pakai terjah je.. (entah-entah rakan sepejabat sedang sibok).
  6. Mengambil barang rakan sepejabat seperti pen, pensil, kelip kertas, stapler, punch atau sebagainya tanpa meminta kebenaran dan buat macam harta sendiri.
  7. Terlalu banyak membuat panggilan telefon peribadi dan bergayut berjam-jam lamanya.
  8. Kerap keluar pejabat tanpa sebab dan tugas khusus.
  9. Tidak menghormati rakan sepejabat.
  10. Bercakap-cakap ketika mendengar kuliah/ceramah atau taklimat.
  11. Kerap datang lewat ke pejabat tanpa sebab munasabah.
  12. Menjawap panggilan telefon :

- sambil makan

- menghempas gangang telefon

- bercakap dengan nada suara yang kasar dan keras

- tidak memanggil semula setelah berjanji untuk menelefon kembali.

- membiarkan pelanggan menunggu lama di talian telefon.

13. Bersikap tidak bertimbang rasa dengan:

- meninggal cawan/pinggan tanpa dibasuh setelah digunakan.

- meninggal stapler kosong tanpa di isi semula setelah diguna.

- meninggalkan pencetak, mesin fax dan fotosatat kosong tidak diisi kertas setelah

digunakan.

14. Tidur masa kerja (mengular).

15. Mengadap komputer selama berjam-jam dalam waktu pejabat untuk ............................ (chating, fesbok, blog, lawati laman web terlarang dll).

* Harap salah satu perkara diatas tidak ada kena mengena dengan tabiat kita di Pejabat. Tabiat sebegini hanya ada pada orang-orang tertentu aje.. dan orang itu memang payahlah nak naik pangkat...sebab dia kata bosspun sama hehehe...

No comments: