15 January 2014

PULAU PANGKOR, PANTAI TELUK NIPAH


Kali ini ingin berkongsi percutian kami ke Pulau Pangkor, Lumut Perak.


Feri Ke Pulau Pangkor
Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Lumut pada 24 Disember 2013 pukul 12.00 tengahari. Kami tidak mengikuti Lebuhraya PLUS tapi mengikuti jalan bawah meyelusuri Kuala Selangor,Sekincan, Sungai Besar, Sabak Bernam seterusnya ke Pekan Lumut. Sampai ke Pekan Lumut hampir pukul 5.00petang. Kami mengambil keputusan untuk berlegar-legar ke Pekan tersebut sebelum mencari hotel penginapan. Setelah berbincang dengan Encik Husband kami sepakat untuk ke Pulau Pangkor keesokan harinya.


Malam itu kami berlegar sekitar Bandar Lumut, Pantai Telok Batek, Jetty Marina  menyaksikan keindahan alam dan memerhati orang lalu lalang dan makan malam di Teluk Rubiah. Terdapat banyak gerai makanan di tepi jalan di Teluk Rubiah dan juga Teluk Batek.


Pagi keesokan hari kami bertolak ke Jetty Lama (Bandar Lumut). Terdapat dua pilihan Jetty untuk ke Pulau Pangkor iaitu Jetty Lama yang terletak di Pekan Lumat dan Jetty Marina yang terletak berhampiran Teluk Batek dan kuarter TLDM. Kami mengambil keputusan menaiki feri dari Jeti lama memandangkan sewa feri RM10.00 seorang berbanding Jetty Marina RM16.00 seorang. Disamping menjimatkan kos feri ini mengambil masa agak lama untuk sampai ke Pulau Pangkor kerana jarak antara Jetty ke Jetty Pangkor agak jauh berbanding Jetty Marina ke Jetty Pulau Pangkor. Jadi kami boleh mengambil masa untuk bersantai di dek Feri sambil  melihat permandangan di lautan.





 Kami berempat mengambil pakej ke Pulau Pangkor dengan menyewa 2 biji motosikal dan sewa bot dan peralatan snorkel berjumlah RM 120.00 iaitu untuk motosikal  RM30.00 sebiji dan Snorkel RM15.00 seorang. Pakej boleh didapati dari jurujual yang berada di both yang berada disekitar tempat membeli tiket.

Jumlah keseluruhan untuk empat orang termasuk tiket feri pergi dan balik RM160.00.


Kami sampai ke Jetty Pulau Pangkor dan mengambil motosikal yang telah kami sewa dan mula mengelilingi Pulau sambil menikmati flora dan fauna di sepanjang jalan. Lebih menarik jalanraya disini berbukit dan berliku.

Disebabkan kami, teutama anak-anak jarang mengalami suasana begini perjalanan menaiki motosikal di sini amat mengujakan kami, disamping melihat flora dan fuana kami juga dapat melihat permadangan lautan dari kejauhan. Sungguh cantik dan menenangkan. (Boleh juga menyewa kenderaan disini dengan kos RM70.00 sehari atau menaiki van antara Jetty dan pantai pilihan dengan kos RM20.00 pergi dan balik seorang).



Setelah puas mengelilingi pulau dengan menaiki motosikal, memandangkan jam telah menunjukkan pukul 10.00pagi kami terus ke pantai Telok Nipah untuk menyertai aktiviti snorkeling. Kami mendapatkan peralatan snorkeling yang telah kami sewa melalui pakej digerai yang telah dinyatakan. Kami sebenarnya memang teruja untuk melihat permandangan dibawah laut.


Batu berbentuk kaki manusia
 Perjalanan menaiki bot ke pulau dimana kami boleh ber snorkeling memang menyeronokkan ditambah pula dengan keletah pemandu bot yang membawa kami meneroka pulau-pulau berdekatan disamping menunjukkan bentuk batu batu-batu yang menyerupai kaki manusia, penyu, buaya dan ikan paus. Pemandu bot yang kami naiki tidak lokek berkongsi cerita mengenai legenda pulau-pulau yang ada di sekitar Pulau Pangkor. Meskipun penat melayan ramai pelancong pemandu bot kami   dengan senang hati melayan kerenah kami yang jarang berjumpa laut ini malah ada dikalangan kami tidak pandai berenangpun.
Batu berbentuk penyu

Batu berbentuk ikan paus
Batu berbentuk buaya











Kami di beri masa satu jam untuk menikmati keindahan bawah laut dengan ber snorkel, Disamping dapat melihata hidupan laut seperti ikan, obor-obor, gamat dapat juga melihat batu karang. Kami habiskan aktiviti bersnokeling sehingga pukul 12,00 tengahari dan balik kembali kepantai untuk menimati udara laut dan pemadangan yang mengasyikan.

Dalam bot untuk kePulau tempat Snorkeling

Pantai Penyamun


Bersedia untuk Snorkeling



Dalam bot untuk pulang ke pantai Teluk Nipah




Permandangan dari Pantai Teluk Nipah
Permandangan dari Pantai Teluk Nipah



















Setelah makan tengahari di gerai yang terdapat di tepi pantai Telok Nipah, kami bercadang untuk meneroka pulau sebelah  timur pulau, melihat batu bersurat dan kota Belanda.

No comments: