10 December 2015

MALAM MESRA ARKIB NEGARA DI GALERIA SRI PERDANA

 
Pada 2 Disember 2015 telah di adakan Majlis Makan Malam Kakitangan Arkib Negara Malaysia sempena ulangtahun Arkib Negara ke 58 tahun. Majlis makan malam yang bertemakan Pakaian Tradisional itu di hadiri oleh lebih kurang dua ratus lima puluh orang kakitangan Arkib Negara Malaysia daripada seluruh Negara

Kakitangan Arkib Negara Malaysia di raikan dengan hidangan makanan seperti Kambing golek, laksa penang, satay, nasi goreng dan sebangainya. Disamping menjamu selera mereka di hiburkan oleh rakan-rakan lain yang berkaroke dan diselang seli dengan cabutan numbor bertuah.
 


Jamuan makan malan ini yang diadakan setiap tahun selain dari menyambut ulangtahun Arkib Negara ianya juga meraikan  dan menghargai kakitangan Arkib Negara yang bertungkus lumus  menjalankan tugas yang diamanahkan.sepanjang tahun.
 
Disamping itu juga dengan adanya perjumpaan dan acara seperti ini dimana setahun sekali dapat berkumpul dan bergaul mesra dapat mengeratkan hubungan siratulrahim diantara kakitangan terutama yang tinggal dan bertugas di cawangan Arkib  Negeri.
 
Majlis Malam Mesra pada tahun ini, meninggalkan kenangan yang indah bagi kakitangan Arkib Negar Malaysia kerana inilah julung julung kalinya Majlis Ulangtahun Arkib di adakan di Galeria Sri Perdana. Sunsunatur dan perhiasan tempat Majlis berlangsung dihiasi laksana hotel lima bintang ditambah pula dengan suasana dan persekitaran Galeria Sri Perdana yang ekslusif dan cantik terletak diatas bukit Damansara.
 
Rata-rata kakitangan menyatakan berpuashati dengan majlis yang di anjurkan pada tahun ini dan mengucapkan terima kasih kepada Urusetia dan Jawankuasa Pengelola yang menguruskan Majlis Malam Mesra 2015. Tahniah kepaa Pengawai dan kakitangan yang begitu dedikasi  dan komited bagi menjayakan Majlis Malam Mesra ini. <<<<MOGA JUMPA DI TAHUN HADAPAN>>>>> KIPIDAP>>>

No comments: