24 November 2014

PULAU TIOMAN




Berenang mandi laut di Taman Laut Pulau Tioman
 Berkesempatan berkunjung ke Pulau Tioman untuk bercuti amat di nantikan. Pulau yang indah dengan pasir yang memutih dan pantainya yang landai menjadi impian setiap pengunjung yang inginkan kedamaian. Tambahan lagi dengan air lautnya yang jernih  dengan batu karang dan ikan-ikan yang pelbagai jenis membuatkan kaki snorkeling dan scuba menjadikan Pulau Tioman destinasi wajib untk di kunjungi.

Kami memulakan perjalanan dari Kuala  Lumpur dengan menaiki kereta hingga ke Tanjung Gemok, Pahang. Sesampainya disana kami membeli tiket feri untuk ke Pulau Tioman. Tiket senang di perolehi memandangkan  kami pergi pada hari bekerja biasa. Jika semasa cuti sekolah atau cuti umum/mingguan mungkin keadaannya berbeza.



Jeti Taman Laut Pulau Tioman

Kami sampai ke Kampung Tekek lebih kurang pukul  dua petang dan terus mencari restoran untuk makan tengahari. Makanan di sini tidaklah terlalu mahal dan harganya berpatutan. Kami menginap di resort berhampiran dengan pantai Tekek bagi menyenangkan kami untuk memulakan aktiviti  snorkeling pada petangnya.  Aktiviti snorkeling boleh saja di lakukan di Taman Laut Kg. Tekek dengan bayaran RM5 seorang


 Keesokan harinya  kami menyewa  sebuh kenderaan pacuan empat roda untuk ke Kampung Juara melalui jalan darat, Kami bercadang untuk bersnorkeling di pantai Kampung Juara memandangkan  pantai dan keindahan dasar lautnya lebih indah (itu yang di beritahu oleh penduduk tempatan) berbanding pantai di Tekek. Terbukti apabila kami sampai disana terpengun dengan pantainya yang landai dan pasirnya yang memutih, namun begitu pantai nya yang panjang dan tiada kawalan keselamatan agak membahayakan juga bagi mereka yang membawa anak-anak kecil untuk mandi disini. Tambahan pula dengan pasang surut laut yang bagi pengunjung tidak mengetahuinya.

Pantai Kampung Juara. Pulau Tioman



Pengalaman ini kami kutip ketika bersnorkeling di sini. Dimana semasa kami pergi ke tengah laut. Air laut masih surut sejam kemudian ketika kami asyik melihat permandangan indah di dasar  laut tanpa kami sedari pantai yang kami mula jejak tadi telah jauh dari pandangan kerana  air laut telah pasang. Nasib baik kami semua memakai live jaket dan boleh berenang kembali ke pantai. Walau bagaimanapun semasa kami pergi ombak agak landai dan cuaca cerah.
Kami juga berkesempatan mandi manda di Air Tejun Tun Teja , yang airnya sejuk dan nyaman serta persekitaran yang tidak tercemar.

Kami meninggalkan Pulau Tioman dengan perasaan puas dan jika ada kesempatan ingin berkunjung kembali. Terima Kasih pada penduduk Tioman yang baik dan ramah dan melayani kerenah kami dengan baik sekali begitu juga kepada penjaga pusat ternakan penyu yang terdiri dari sukarelawan dari Amerika Syarikat yang tidak jemu-jemu bercerita mengenai pusat ternakan dan penjagaan anak-anak penyu sebelum di lepaskan kembali ke laut.





Bentuk seperti kepala Naga. Permandangan Pulau Tioman dari Kejauhan

 

No comments: