Walau banyak cubaan dan dugaan yang melanda Negara dalam tahun ini namun Hari kemerdekaan Malaysia di sambut meriah dengan kehadiran sebilangan besar rakyat yang turut hadir di Dataran Merdeka.
Terharu dengan situasi ini, rakyat Malaysia walau dalam apa pandangan dan kepercayaan masih kental semangat sayangkan Negara. Alhamdulillah. Rakyat Malaysia dalam mengatur langkah menuju ke Negara Maju, berfikiran matang dan terbuka. Menegur dalam sayang dan bertindak dalam kawalan. Itulah rakyat sejati yang sayangkan Negaranya yang tercinta.
Namun tahun ini hanya mampu melihat situasi sambutan hari Kemerdekaan di kaca TV. Walaubagaimanapun kemeriahna itu masih terasa dan masih terbayang detik dimana pernah menyertai perarakan kemerdekaan dalam tahun 2003. Syukur pada tuhan kerana memberi peluang pada diri ini merasai menyertai perarakan kemerdekaan di Dataran Merdeka walaupun hanya itulah sekali seumur hidup.
Pernah dulu ketika anak-anak masih kecil berasak di tepi jalan raya hanya kerana untuk menonton perarakan dan melihat kepulangan pemimpin Negara sambil melambai-lambai tangan. Alanglah indah waktu itu, dan peluang untuk menyertai perarakan pada thun 2003 tidak langsung ditolak malah menerimanya dengan hati terbuka.
Oh.. Negara ku Malaysia.. Selesai menonton TV, mengajak anak-anak keluar untuk bersarapan. Puas jugalah mencari kedai makan sekitar Country Homes, Rawang yang buka pada hari Kemerdekaan ini, akhirnya terjumpa satu gerai yang buka. Oleh sebab sudah beberapa kali berpusing mencari tempat untuk sarapan kami singgah di kedai tersebut.
Setelah memesan makanan barulah kami sedar gerai tersebut kepunyaan warga Indonesia.
Ohh.. Negara ku Malaysia.. tidak pasti macamana Warga Indonesia boleh berniaga di kedai ini atau pemilik kedainya warga Malaysia.. peniagaannya milik warga Indonesia.
Pembantu Kedai warga Indonesia |
Pelanggan Warga Indonesia |
* OH MALAYSIA NEGARA KU TERCINTA.. Disini Lahirnya Sebuah Cinta..
MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA
No comments:
Post a Comment