01 May 2013

TAHLIL ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE

Zed Zaidi di temuramah oleh wartawan ASTRO AWANI
Bergambar kenangan bersama Jamal Abdillah
Pada 16 April  2013 lalu telah diadakan Bacaan Yassin dan Tahlil Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di Pustaka Peringatan P.Ramlee, Jalan Setapak, Kuala Lumpur. Tahlil  ini dianjurkan oleh Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Syarikat Bintang Channel, kepunyaan penyanyi terkenal tanahair Jamal Abdillah.

Telah empat puluh tahun P.Ramlee meninggalkan kita, namun hasil seninya masih diminati hingga kini. P.Ramlee meninggal dunia pada 29 Mei 1979 akibat serangan jantung.

Bergambar kenangan bersama Musly Ramlee

Ramai kalangan peminat, kenalan dan saudara mara Allahyarham hadir ke majlis bacaan yassin dan tahlil ini.
Antara Artis dan selebriti yang hadir ialah Jamal Abdillah, Musly Ramlee, Halim Othman, Mimiloma dan lain-lain lagi.
Bersama Halim Othman
* Terima kasih kepada artis-artis yang sudi datang ke Pustaka Peringatan P.Ramlee
* Terima kasih kepada Jamal Abdillah, Musly dan Halim Othman yang begitu baik dan ramah melayani kami.
*Terima kasih kepada semua yang hadir atas kerjasama dan komitmen menjayakan majlis ini.

No comments: