06 February 2014

LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM




Lawatan dan pemberian sumbangan beras kepada rumah anak yatim oleh Bahagian Arkib Negarawan telah diadakan pada 28 Januari 2014. Sebanyak dua buah rumah anak yatim telah dikenalpasti untuk pemberian sumbangan ini, iaitu Rumah Anak Yatim Titian Kaseh yang terletak di Persiaran Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Rumah Anak Yatim dan Perlindungan Al’Shifa yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur.


Rumah  Anak Yatim Titian Kaseh mempunyai 86 orang penghuni yang terdiri daripada 42 orang anak yatim dan selebihnya anak-anak terbiar,  sementara Rumah Anak Yatim  dan Pelindungan Al’Shifa mempunyai 18 orang penghuni yang  keseluruhannya terdiri dari anak yatim.
Sebanyak  lima puluh kampit beras telah diagihkan dikedua-dua rumah anak yatim ini iaitu duapuluh lima kampit bagi setiap rumah anak yatim. 


Sumbangan berupa beras ini telah disampaikan oleh Encik Mohd. Roslan bin Md Radzi, Pengurus Memorial Tunku Abdul Rahman mewakili Pengarah Bahagian Arkib Negarawan, Arkib Negara Malaysia.

Pengetua Rumah Anak Yatim Titian Kaseh, Puan Hajah Sharifah Haji Adlan dan Pengurus Rumah Anak yatim dan penginapan Al’Shifa Puan Nurul  mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Bahagian Pengurusan Arkib Negawan atas sumbangan ini dan berharap dimasa akan datang akan ada lagi sumbangan berupa bahan keperluan asas dari insan yang prihatin terhadap keperluan anak-anak yang tidak bernasib baik ini.  Sumbangan seperti ini amat diperlukan bagi menampung keperluan harian mereka.



 Aktiviti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan usaha murni ini dapat  meringankan beban insan yang  memerlukan. Sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh pihak pengurusan rumah anak yatim.


Tafsirnya: "Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya disisi Tuhan itu? (12). (Di antaranya bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba sahaya;(13) atau memberi makan pada hari kelaparan (14) kepada ANAK YATIM dari kaum kerabat (15)” (Surah al-Balad:12-15).

No comments: