Mercu Tanda Singapura |
Sebelum sempat saya menjawap dia menambah " Dalam bulan ni dah dua kali you ke Singapore..banyak duit you"
Tiket ke JB |
Saya cuma senyum.. kebanyakan orang berpendapat untuk ke Singapura perlu ada duit dan banyak duit. Tapi sebenarnya tak berapa banyak duit pun boleh saja melancong ke Singapura dari Kuala Lumpur.
Jangan fikir pasal pertukaran wang asing... jangan fikir nak shopping..Tetapi untuk melancong ke Singapura dari Kuala Lumpur jika menaiki bas memanglah menjimatkan.
Marina Bay berlatar belakangkan bangunan tinggi |
Caranya ialah beli tiket ke Johor Bharu di Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Harga tiket sekarang ni RM31.20 ke Johor Bharu. Sampai ke Bas Stesen Larkin ambil bas ke Singapura, tiketnya cuma RM1.90. Jangan lupa untuk menukar sedikit mata wang singapura kerana untuk menaiki MRT perlukan Singapore Dollar. Kalau boleh selepas selesai pemeriksaan kastam dan imergresen segera mendapat bas yang kita naiki dari Larkin tadi dan tunjukkan tiket yang telah dibeli untuk pergi ke Kranji MRT.
Art Science Museum |
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment