20 January 2012

CERITA MERAPU 2


Maspiah membetul-betulkan tudung. Ditangannya telefon bimbit, sekali pandang seperti dia sedang membaca masej di telefon bimbit tersebut, tapi sebenarnya dia sedang membelek wajahnya di skrin telefon bimbit tersebut. Dibetul-betulkan tudung lagi supaya tidak senget.

Dimeja depan duduk tiga jejaka, salah seorang pegawai baru yang ditugaskan di Jabatannya. Sesekali matanya menjeling malu pada pegawai tersebut, walaupun dia tahu pegawai tersebut tak perasanpun dia duduk dimeja itu. Salah seorang jejaka itu teman sejawatan dan bertugas dibahagian yang sama. Sesekali dia pandang juga teman sejawatnya itu, temannya itu tersenyum simpul, dan matanya beralih ke pegawai baru tadi. Temannya itu buat-buat tidak faham, pegawai baru itu juga tak perasanpun dia ada disitu, tapi dia masih berharap pegawai tu perasan dirinya disitu.

Begitulah yang dilakukan setiap hari sejak seminggu yang lalu. Tiada seorangpun yang perasan, tiada seorangpun yang ambil peduli tapi bagi Maspiah "belum cuba belum tahu... hehe" dia gelak dalam hati "kalau tak berusaha manakan dapat hasilnya".

Dua minggu kemudian Maspiah mendapat sms dari orang yang tidak dikenali, tapi dari gaya bahasa Maspiah tahu orang itu kenal dirinya kerana dia banyak tahu pasal Maskiah, tinggal dimana, kerja di bahagian mana malah No. Kad Pengenalan Maskiahpun dia tahu. "ini sudah bagus" hati Maskiah berbunga. "Sudah ada respon" kata hatinya. Dimatanya terbayang-bayang wajah pegawai yang baru bertugas di jabatannya itu. Hatinya berbunga.

Sejak hari itu, setiap hari Maskiah menerima sms misteri tersebut. Maskiah balas, dia balas, Maskiah hantar sms, dia balas jadi berbalas-balas smslah dia setiap hari. Maskiah berharap-harap ada sms " I nak ajak you keluar makan" atau 'Tengahari ni kita makan sama yae.. kita jumpa kat kafetaria'. tak ada. Maskiah tak puas hati. "bagaimana kalau aku yang ajak dia kaluar makan" terdetik hati Maskiah. Malu pula rasanya.

Satu hari Maskiah dah tak tahan sabar, dia pergi kafetaria pejabatnya. Pegawai baru itu tak nampak batang hidung. Biasanya pagi-pagi begini pegawai baru dan rakan-rakannya akan ada disitu untuk minum pagi. Hati Maskiah kecewa. Setelah membeli sebiji dua kueh dia melangkah keluar dari ruang kafetaria. "Maskiah.." terdengar namanya dipanggil dari belakang, dia menoleh dan ternampaklah dia pegawia baru tersebut dibelakangnya.. dia tersipu-sipu malu. Mukanya memerah. "Ini ada hadiah untuk awak.." pegawai baru itu menghulurkan sesuatu kepadanya. Disambut dengan hati berbunga-bunga.. "Ini sudah bagus.." hatinya berombak-ombak riang.."Aduhai..." kacaknya lelaki dihadapannya ini. Mukanya memerah. Belum sempat Pegawai baru itu menyambung kata dia telah berlalu pergi..

Dia meletakan hadiah yang berupa patung beruang berukuran 3meter tinggi itu dimeja kerja,  disisinya pula diletakkan pasu bunga kecil bagi menghiasinya. Dia  berharap Pegawai baru itu tahu yang dia  amat menghargai pemberian itu.

Telah berapa lama tidak lagi menerima sms misteri. Hatinya tertanya-tanya. Haruskah dia memulakan langkah.. mahu saja dia bertemu pegawai baru itu dan bertanyakan hal itu. Dia memang yakin sms terdahulu itu adalah dari pegawai tersebut. Dia mula berkira-kira. Dibelek no telefon  di sel telefonnya.. dibelek-belek mesj-mesej yang dihantar.. memang ada tertera nombor telefon di situ.. haruskah dia menelifon? dia berkira-kira lagi.. telefon.. tdak.. telefon.. tidak...  Akhirnya dia mengambil keputusan menekan nombor tersebut.

Hello.. Assalammualaikum

Waalaikum mussalam jawap suara disebelah sana.

Maspiah...dah lama I tunggu you call I.. tak sangka you nak call I.. I ingat I syok sendiri je..

Boleh saya tahu ni sape?...

Jamal...

Jamal...

Ahah I yang minta tolong Encik Arif pegawai baru pejabat kita tu bagi you hadiah beruang hari tu.. I tengok you letak elok-elok atas meja you.. terima kasih kerana menghargai pemberian I...

Adoi.. ini mesti Jamal office boy kat pejabat aku... Maspiah mematikan telefon. Mukanya memerah.

No comments: