25 June 2009

SEMERAH PADI

Aku tertarik pada petikan skrip filem 'Semerah Padi' arahan dan lakonan Allahyarhan Tan Sri P.Ramlee. Aku perturunkan disini:-

Scene 13/Int/Malam/Rumah Penghulu

Kelihatan Jejaka dan Galak di kelilingi Orang-orang Kampung sambil diperhatikan oleh Penghulu, Aduka dan Taruna.

Penghulu: (Marah) Zina.. perbuatan terkutuk (Menghampiri Mereka) mengapa perkara yang dilarang agama kamu lakukan.. dimana kampungmu. Dimana?..

Jejaka: (Bongkak) Di mana ada perempuan cantik di situ kampung ku.

Penghulu: (Menuding Jari) Siapa namamu?

Jejaka: Jejaka.

Penghulu: (menunding Jari) Kau?

Galak: Galak

Penghulu: Tidak adakah perempuan lain yang dapat kau peristerikan dengan jalan yang halal

Jejaka: Nafsu ku tak mengenal halal atau haram

Galak: (Bongkak) Yah.. nafsu ku juga.

Penghulu: Ia.. kerana nafsu mu telah dikuasai syaitan itulah sebabnya kamu melakukan zina dan kerana tiada perikemanusiaan, maka tergamak kamu membunuh kecewa. Perbuatan mu semata-mata durhaka... durhaka terhadap tuhan , durhaka kepada tanah air, bangsa dan agama.

(Penghulu berjalan perlahan-lahan ke arah orang kampung yang ada disitu)

Penghulu: Wahai penduduk kampung Semerah Padi sekelian. Kita semua beragama Islam yang taat kepada Undang-undang agama. Jangan ada diantara kita yang mengikuti si penderhaka ini. Andai kata ada salah seorang yang melanggar perintah ku. Aku penghulu akan menghukum mu mengikut Undang-undang Agama. Ingat.. kamu berdua didapati bersalah. Bukan saja berzina tetapi juga membunuh. Dari itu pagi-pagi esok kamu akan disula.

(Selepas percakapan Penghulu, orang kampung melaungkan Allahhuakbar).

No comments: