
Melepak kat Hyde park, melihat pameran 'mummy' di British Museum. Melihat penjualan lukisan jalanan di sepanjang jalan di Kennsington road, pelbagai lukisan dipamerkan dengan harga yang berpatutan. Rugi sungguh kalau tak beli, aku beli tiga lukisan yang masih tidak di framekan (akan di framekan disini).
Bergambar sakan di Madame Taussauds dengan patung pemimpin negara dan artis terkenal. Mengambil angin petang di tepi sungai thames sambil melihat bot-bot pelancong memudiki dan menghilir sungai melalui London bridge. Bergambar di Istana Buckingham sambil melihat tentera melayu bertugas menjaga istana.
Di Newcasle pun banyak jualan murah, di gedung beli belah 'fenwick' pun banyak beg dan kasut. Aku beli 5 hand bag untuk di hadiah kepada ibu dan adik-adik.
Melihat Istana dan kota lama di Edinburgh, Scotland.
Aku tinggalkan United Kingdom dengan rasa puas dan ingin datang lagi jika ada peluang dan kesempatan.
* New Zealand coming next. Insyaallah..
No comments:
Post a Comment