11 February 2012

UJI RASHID: Kali Terakhir ku lihat wajah mu


Sewaktu saya di Sekolah Menengah dulu, saya amat meminati Uji Rashid. Kelembutan suaranya dan kelembutan peribadinya membuat saya rasa dia wanita yang sempurna. Memiliki segalanya rupa, suara dan sikap yang lemah lembut sesuai  dengan sifat wanita timur.

Lagu Kali terakhir Ku lihat wajah mu ini merupakan lagu yang paling saya minati selain dari lagu kemesraan, dino, mengapa di rindu dan banyak lagi. Lagu bersama DJ Dave juga sedap di dengar dan waktu itu lagu-lagu ini menjadi nyanyian dan siulan rakan-rakan sebaya waktu itu.

Sekarang agak jarang terdengar cerita mengenai Uji Rashid. Dia seolah melarikan diri dari dunia glamor. Kadang ada juga terdengar  dia membuat persembahan bersama Hail Amir. Walau kadang lupa lirik semasa nyanyi dipentas sejak akhir-akhir ini tapi dapat rasakan yang dia amat menyintai dunia seni ini.

Semoga tabah hati dengan dugaan dunia dan sejahtera dimana saja anda berada. Uji Rashid  the legend.

No comments: