02 June 2015

IMPIAN

Kebanyakan graduan lepasan Universiti sekarang ini berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Pelbagai impian di tetapkan untuk mencapat matlamat tersebut. Niat dan kesungguhan untuk menceburi bidang yang penuh cabaran ini amatlah baik, cuma di bimbangi apabila impian untuk mencapai kejayaan itu lebih kepada impian peribadi bukan impian bisnes. Kerana apabila impian bisnes tercapai  barulah impian pribadi tercapai.  Jika impian bisnes tidak tercapai tidak mungkin impin peribadi tercapai.

Namun yang paling penting usaha keras untuk mencapai impian tersebut. Berusaha dan bersungguhlah untuk mencapai matlamat tersebut dan sentiasalah ingat dan berdoa kepadaNya.
 
Di bawah ini merupakan contoh senarai  impian usahawan muda ,  Yang dipanggil SIDIK JARI KEMENANGAN oleh pakar motivasi perniagaan.


1. Akan ada bisnes yang boleh sampai ke peringkat Antarabangsa

2. Ada produk sendiri

3. Menjadi Jutawan pada umur sekian-sekian

4. Berkahwin dengan perempuan/lelaki yang cantik/tampan, bergaya dan pandai ambil hati  dan kuat berugama

5. Punyai Resort sendiri untuk disewa

6. Punyai rumah banglow untuk diri sendiri, keluarga dan ibu bapa

7. Punyai Kondo sendiri

8. Punyai kereta idaman

9. Berjaya dalam property investment .. membuat investment dalam projek hartanah

10. Menjadi jutawan senyap dan menginfak pendapatan pada golongan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim

11. Membantu usahawan-usahan lain

12. Syarikat milik sendiri  tersenarai di Bursa Saham

13. Punyai asset-asset seperti rumah , kondo dan sebagainya untuk disewa

14. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini dalam memperkembangkan bisnes

15. Punyai ramai kawan yang setia dari pelbagai peringkat usia dan background

16. Punyai Kilang sendiri

17. Bawa ibubapa menunaikan haji dan umrah...dan mengelilingi dunia bersama keluarga tercinta


Antara tujuhbelas impian ini hanya  lapan  (tulisan warna biru) impian bisnes yang lainnya adalah impian peribadi. Sebaiknya Impian Bisnes melebihi Impian peribadi.

No comments: