23 July 2010

GALERIA SRI PERDANA SIRI 1


Sri Perdana merupakan kediaman rasmi Perdana Menteri ke 4, Tun Dr. Mahathir Mohamed sebelum berpindah ke Putra Jaya. Tun Dr. Mahathir Mohamed mendiami Sri Perdana dari tahun 1983 hingga 1999.

Pada tahun 2000, Sri Perdana diserahkan kepada Kerajaan untuk dijadikan Galeria Sri Perdana. Penubuhan Galeria Sri Perdana yang sebahagian besarnya berkonsepkan residensi, merupakan satu usaha untuk menjaga peninggalan sejarah terutama kepada generasi akan datang. Usaha ini diharap dapat menimbulkan semangat cintakan negara dan pemimpin yang telah banyak menabur jasa untuk menjadikan negara Malaysia setanding dengan negara lain di dunia ini.

Galeria Sri Perdana ini seringkali mendapat kunjugan daripada pelancong-pelancong luar negara memandangkan mantan Perdana Menteri Ke 4, bukan sahaja di kenali di dalam negara malah oleh masyarakat luar negara.

Galeria Sri Perdana yang terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, terbuka kepada umum secara percuma dan boleh dilawati antara pukul 10.00 pagi hingga 5.30 petang setiap hari kecuali hari Isnin.


Kunjungan masyarakat umum dialu-alukan ke Galeria Sri Perdana. Apa ada di Galeria Sri Perdana?..Datang dan lihatlah sendiri.

No comments: