12 June 2015

Sambutan Hari Kelahiran Tan Sri P,Ramlee ke 86

Sempena sambutan Hari Kelahiran Tan Sri P.Ramlee pada 22 Mac 2015, telah diadakan Program di Pustaka Peringatan P.Ramlee di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur.

Antara Pengisian Program tersebut ialah Forum dan Pertandingan Nyanyian Lagu-lagu P,Ramlee dan Saloma. Forum yang bertajuk "Karya P.Ramlee dari Perspektif Media" telah di adakan pada sebelah pagi dimana Ahli panelnya iaitu Encik Chuari Selamat (bekas penyampai Radio RTM) dan Encik Zainuri Misran (Wartawan hiburan) serta moderatornya pula Encik Fathil Hidayat Dato' Ghazali (Penerbit dan Penyampai Berita RTM).

Sebelah petangnya pula di adakan pertandingan Nyanyian Lagu-lagu P.Ramlee dan Saloma dengan kerjasama Persatuan Peminat P.Ramlee.  Juri bagi pertandingan ini terdiri dari dua orang artis terkenal tahun  tujuh pulahan iaitu Hail Amir dan Uji Rashid.

Program ini turut dihadiri rakan artis  yang pernah berlakon bersama P.Ramlee dan juga penuntut dari Universiti tempatan.

Sebagai Urusetia program inilah antara gambar kenangan di ambil pada hari tersebut.
Gambar Bersama Uji Rashid
Selfie bersama anak Allahyarham Aziz Satar
Bersama Seniwati Rosnani Jamil


Bersama Seniwati Mariani
Bersama Seniwati Rosnani Jamil
Bersama Zainuri
Bersama Chuari Selamat
Gambar bersama Hail Amir

No comments: