21 November 2013

PESANAN ARUAH IBU

Tiba-tiba teringat pesanan Aruah Ibu.

"Biar orang buat kita.. jangan kita buat orang"

Pesanan ini kerap diulang-ulang semasa hayat hidupnya. Alfatihah.

Aruah ibu seorang yang lembut hatinya, tidak banyak bercakap dan sentiasa membantu jika sesiapa datang mengadu dan meminta pertolongannya.
Walau tidak banyak bercakap, aruah ibu ramai teman dan taulan malah saudara mara amat senang bergaul dengannya.

Satu lagi sikap baik ibu ialah dia melayani saudara mara yang berkunjung kerumah dengan tangan terbuka dan sentiasa menghormati tetamu. Jika ada saudara mara mahu berkujung kerumah, Aruah ibu sibuk didapur menyediakan hidangan untuk disajikan kepada tetamu, malah mana-mana saudara mara yang biasa berkunjung tidak akan segan silu terus saja kedapur menghadapi hidangan yang aruah ibu sediakan. Begitulah akrabnya aruah ibu dengan saudara mara terutama saudara mara dari sebelah abah.

Bila teringat sewaktu aruah ibu meninggal dengan wajah tenang seperti orang sedang tidur. Sejuk rasa hati dan terdetik..jika sampai waktunya nanti mahu meninggal dengan wajah setenang itu. Wajahnya lembut bercahaya. Ya Allah kau tempatkan Aruah Ibu dikalangan para solehin.

Apabila ibu mendapat sakit kencing manis dan rosak buah pinggang. Dia menerima berita itu dengan tenang dan menjalani hemodelisis setiap tiga kali seminggu tanpa rungut dan tanggis. Menerima musibah penyakit itu selama sepuluh tahun dengan tabahnya sehingga meninggal dunia. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosa ibu ku..

Kini telah tiga tahun empat bulan ibu meninggalkan kami, pesanan itu masih tergiang-giang ditelinga ku. Moga aku tabah menghadapi kehidupan ini sepertimana aruah ibu. AlFatihah..


No comments: