06 November 2013

GELARIA SRI PERDANA SIRI 4


Galeria Sri Perdana meskipun asalnya rumah kediaman Perdana Menteri Malaysia yang kemudiannya dijadikan Galeria, seperti juga rumah-rumah kediaman lain mempunyai ruang-ruang keluarga seperti ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, bilik persalinan , dapur bilik air, bilik bacaan dan ruang bersantai bersama keluarga.

Terdapat juga di Galeria Sri Perdana halaman yang luas di tumbuhi pohon-pohon menghijau, bunga-bungaan dan terdapat juga lanskap yang indah disertai dengan gazebo, air pancutan, mini taman dan lain-lain. Suasana nya yang tenang dan kedudukannya diatas bukit berhampiran Bandar Pusat Damansara memberikan ia pakej sempurna dimana dapat dilihat dari Galeria Sri Perdana Permandangan sekitar kotaraya. Dikejauhan terlihat bangunan KLCC, Menara KL, Merana Maybank malah kibaran bendera besar yang berkibar di Dataran Merdeka turut dapat dilihat dari sini,dan disebelah belakangnya dapat dilihat pertumbuhan pesat bandar Damansara dengan bangunan pencakar langit.

Dalam kawasan Galeria Sri Perdana juga terdapat kebun buah-buahan. Ada beberapa batang pokok rambutan, manggis, jambu, cempedak dan kuini. Dimusim buah-buahan pokok-pokok ini akan menghasilkan buah. Sekarang buak kuini senang meranum dan setiap pagi buah ini dikutip untuk disedekahkan pada yang berminat.

Pohon rambutan pula sekarang ini sedang berputik dan bulan Disember nanti bolehlah dipetik hasilnya. Pohon-pohon ini ditanam semasa Tun Dr. Mahathir Mohamed mendiami rumah ini semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia Ke empat. Hasil dari tanaman rumah beliau ini dapat dinikmati hingga kini.

Allah saja yang Maha Mengetahui dan membalas segala perbuatan hamba-hambanya.

No comments: