Hari ini tidak mahu bercerita mengenai GST. Hari ini nak cerita mengenai kenaikan harga makanan terutama makanan pagi seperti nasi lemak, nasi kerabu, mee hon goreng, mee goreng, kuih muih dan sebagainya. Terutama selepas pembentangan bajet tahun 2014 jumaat lalu.
Hari ini CIK ZAIHAN pergi ke gerai menjual makanan pagi, tujuannya untuk membeli beberapa biji kuih untuk dibekalkan di pejabat. Ramai jugalah pelanggan mak cik ni. Sebelum membeli kuih CIK ZAIHAN perhatikan gelagat mereka-mereka ini membeli dan CIK ZAIHAN curi-curi dengar perbualan mereka dengan mak cik penjual kuih itu.
"Mak Cik.. harga kuih macam biasa ke"
"Aha..macam biasa je dik, lima biji dua ringgit" Jadi pembeli pun mengambil dua biji donat,dua biji apam dan satu biji karipap dan membayar.
Kemudian ada pembeli berbangsa Cina memesan nasi lemak lauk ayam goreng. Selesai membungkus dia menghulur nasi lemak tersebut dan berkata..
"Tiga ringgit tujuh" Pelanggan Cina memandang Mak cik tu sejurus sebelum bertanya..
"Aya.. sudah naik ke?..
"Aha sudah naik.. harga gula dah naik"balas Mak cik tu..
"Naik dua puluh sen je.."sambung makcik tu kemudian.
Yang hairan tu.. nasi lemak yang naik harga, sedangkan nasi lemak tak guna banyak gula. Kuih muih tak pula naik harga...sedangkan kuih yang banyak guna gula..alasan apa mak cik ni, kalau kata harga minyak naik ada lojiknya.

No comments:
Post a Comment