Aruah Kak Ne (Khairul Bariah) bertudung hitam |
"Kak Ann, awak balik lepas ambil result Ajie ke?..pertanyaan adik ku, kebetulan esoknya 20 Mac merupakan hari pengumuman keputusan peperiksaan SPM dan aku bercadang untuk menemani anak ku Muhd Fakharul Radzy untuk mengambil keputusan SPM disekolahnya Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor.
"Kenapa.." soalku
"Awak tak tau lagi?.." soal adik ku kemudian, dari suaranya aku dapat merasai sesuatu yang tidak kena. Ini kerana sejak dua hari lalu aku mendapat tahu yang kakak ku Khairul Bariah telah dimasukkan ke Kuantan Medical Centre kerana sakit yang dihidapinya. Aku dapat menangkap apa yang dimaksudkan oleh adik ku itu.
"Nanti Kak Ann bincang gan Abang Lan..macamna "balasku dan telah terasa sebak didada
"Dia dah tak de?.."sambungku kemudan berlinangan air mata.
"Aah.. baru kejap tadi" balas adik ku.
Segera aku mengejutkan suami dari tidur. Setelah berbincang kami sepakat untuk balik pagi itu juga dan meninggalkan anak bongsu kami untuk mengambil keputusan peperiksaan sendirian.
Setelah berkemas dan tanpa berlegah lagi kami terus bertolak balik kampung. Setelah semua urusan memandikan dan mensolatkan janazah selesai, kakak ku disemadikan bersebelahan dengan kubur aruah ibu di tanah perkuburan Jalan Tok Tuan, Pekan.
Bersemadilah kakak ku dengan aman di sana. Doa ku agar dia di tempatkan di kalangan orang-orang beriman. Ya. Allah Kau Rahmatilah Aruah Kakak ku..Lapangkan kuburnya dan tempatkan dia di kalangan solehin..
Banyak sangat kenangan kami bersama dari kecil, zaman remaja sehinggalah dewasa. Segala kenangan manis itu akan ku semadikan dalam jiwa hingga akhir hayat.. moga kita di pertemukan kembali di alam yang kekal abadi,
ALFATIHAH....
No comments:
Post a Comment