18 February 2014

IMPIAN


Bergambar di hadapan The Royal Albert Hall
Setiap orang ada impian. samada kecil atau besar impian itu bergantung kepada tuan punya milik diri. Ada yang berimpian sesuatu yang biasa-biasa, ada juga yang berimpian tinggi yang sukar untuk dicapai dengan fikiran lojik. contohnya ingin ke bulan atau ingin ke marikh.

Sejak dari kecil lagi kita mempunyai impian. Impian atau cita-cita ini memang telah diterapkan semasa zaman kanak-kanak lagi. Ada yang berimpikan menjadi doktor bila dewasa nanti, ada yang berimpian menjadi arkitek, engineer dan sebagainya.

Di Tralfagar Square
Walau bagaimana tinggi atau kecilnya impian seseorang, harus diingat untuk mencapainya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Binalah impian dalam diri masing-masing, bermimpilah yang indah-indah, jika kena masa dan cara impian itu akan menjadi kenyataan.

Namun begitu jika impian itu tidak tercapai, janganlah pula berputus asa, cuba lagi sehingga berjaya.


Impian juga mendorong diri supaya berusaha. Contohnya milik diri sekarang tinggal di rumah sewa dan berimpian untuk tinggal atau duduk dirumah sendiri. Milik diri pun berusaha untuk memenuhi impian tersebut dengan berkerja keras, berjimat dan mencari sumber kewangan lebih bagi menampung pembelian rumah yang diimpiakan itu. Atas keazaman dan kerja keras akhirnya impian milik diri tercapai dan dapat tinggal dirumah sendiri yang lebih selesa dan memuaskan hati.

Begitu juga dengan impian untuk menambah ilmu keperingkat yang lebih tinggi. Contohnya sekarang ada Ijazah bacelor ingin mendapat sarjana atau PHD. Milik diri akan berusaha dan mencari jalan agar impiannya itu tercapai samaada memasuki universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau pelajar luar kampus.

British Muzium
Impian bergantung pada milik diri dan bagaimana milik diri berusaha untuk mencapai impian tersebut. Tanpa usaha manakan mendapat hasilnya. Orang dulu-dulu pernah berkata ' kalau tidak di pecahkan ruyong manakan dapat sagunya'. Begitulah berusaha untuk mencapai cita-cita atau impian yang yang ditetapkan oleh milik diri.

Cayok.. cayok... tetapkan impian dan berusahalah mencapai impian tersebut.. jangan lupa berdoa pada yang Esa kerana segalanya adalah dengan izinnya.. Cayok.. cayok...

Impianku..emmm..pergi Mekah...Yeeah....melancong ke Eropah... yeah......Seronoknya jika impian ini tercapai... Usaha..usaha.. In Sha Allah akan tercapai. Amin...

No comments: