18 March 2012

PENGALAMAN PENGAMBARAN DI GALERIA SRI PERDANA

Sedang di Interbiu  oleh Encik Aswad dari WBC TV
Semalam merasai pengalaman baru di wawancara oleh TV WBC (Worlwide Broadcasting Channel) untuk pengambaran filem dokumentari. Pengambaran ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Galeria Sri Perdana sebagai salah satu tempat perlancongan untuk kunjungan ramai bagi mengenang jasa tokoh negarawan negara khususnya Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Semoga sumbangan kecil ini dapat di memberi  sedikit maklumat  mengenai kediaman yang pernah didiami oleh seorang Perdana Menteri Malaysia yang masih dikekalkan suasana dan susunatur rumah  seperti asal. Ianya bertujuan untuk  menghargai dan mengenali sisi kehidupan  Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 4.

Yang penting dapat mempromosikan Galeria ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia khususnya pelajar untuk mengunjungi Galeria ini bagi merasai sendiri dan melihat sendiri rumah seorang pemimpin negara semasa menjadi Perdana Menteri.

Semoga generasi kini dan akan datang tidak lupa menghargai dan mengenang jasa pemimpin  dan bekas Pemimpin Negara. Kenalilah Tokoh Negarawan kita dan hargailah jasa mereka.

No comments: