Teratai terapung di kolam Art Sience Muzium |
Disebabkan Encik Hasben ada tugas, seperti biasa, saya membuat lawatan sambil melancong sendirian.... dan kali ini saya memilih Geylang Serai.
Saya berhenti berhampiran Pasar Geylang Serai. Pasar Geylang Serai hampir menyerupai pasar-pasar yang ada di Malaysia, dimana ditingkat bawahnya menjual barang-barang basah seperti ikan sayur dan buah-buahan dan ditingkat atas ada kedai makan dan kedai menjual menjual pakaian. Sewaktu saya sampai suasana agak meriah dan penuh dengan orang ramai. Disini terdapat banyak kedai makan muslim dan kebanyakan pengujung terdiri dari orang melayu Singapura, Indonesia dan Malaysia.
Seperti biasa kami menaiki MRT dari Stesen MRT Kranji sehingga stesen MRT Bayfront sebelum berpisah disitu.. Encik Hasben menaiki train ke Jurung East dan saya lepak sekejap di Marina Bay Sand sambil menghirup udara pagi sambil bersantai di bangku yang disediakan berhampiran Art Sience Muzium. Memerhati orang ramai lalu lalang dan memerhati bunga teratai yang cantik berkembang terapung di kolam sekitar Art Sience Muzium.
Tepat pukul 11.00pagi saya mengorak langkah ke Stesen MRT Bayfront, membeli tiket ke Stesen MRT Paya Lebar, harga tiket SD2.70, apa yang diberitahu oleh petugas distesen itu, jika mahu ke Geylang Serai naik MRT sehingga stesen MRT Stadium, dari situ tunggu MRT ke Paya Lebar. Sistem MRT di Singapura tidak perlu menunggu lama kerana MRT akan sampai antara 4 atau 3 minit sahaja. Sampai di Stesen MRT Paya Lebar saya menuju ke Bus Stop untuk menaiki bas ke Geylang Serai. (dari Paya Lebar naik bus No. 155 dengan tambang SD1.10).

Pasar Geylang Serai |
Berhadapan dengan pasar Geylang Serai ini terletak kompleks membeli belah yang menjual pelbagai barangan terutama pakaian dan assesori wanita. Harga barangan disini lebih kurang sama harganya dengan barangan di Malaysia kecuali barang-brang yang diperolehi dari Indonesia agak murah harganya jika dibandingkan dengan Malaysia.
Kedai Makan di Pasar Geylang Serai |
Setelah puas meninjau-ninjau disini, dan ketika jarum jam menghampiri pukul 3 saya mengambil keputusan untuk bergerak pergi dan sekali lagi menunggu bas di bus stop berhadapan dengan Pasar Geylang Serai untuk menaiki bas ke stesen MRT Paya Lebar. Berhampiran dengan stesen Paya Lebar terdapat sebuah masjid dan kita boleh bersolat disitu dengan selesa.
Saya menaiki MRT ke Marina Bay Sand kerana berjanji dengan Encik Hasben untuk bertemu disitu pada pukul 5.00 petang untuk sama-sama pulang ke Malaysia. Selamat tinggal Singapura untuk kali ini. Next destination maybe sentosa island or orchard road.
Menaiki Sampan di Marina Bay Sand |
No comments:
Post a Comment