17 February 2014

BUKU DIBACA MINGGU INI

 Dua buah buku  sedang dibaca minggu ini iaitu Buku "Mengimbau Kembali Tadbir Urus Kabinet"  yang dutulis oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim  dan buku " Jasa Mu Di kenang" yang merupakan buku terbitan Jabatan Perdana Menteri sempena Majlis Persaraan Tun Dr. Mahathir Mohamed sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 21 Disember 2003.

Buku 'Mengimbau Kembali Tadbir Urus Kabine't  merupakan sebuah buku terjemahan oleh Tan  Seri Azmy Khalid yang mengupas mengenai Tadbir urus kabinet. Membaca buku ini tidak membosankan kerana walaupun mempunyai fakta-fakta yang benar kerana penulis sendiri terlibat dalam penceritaan kerana pernah menjadi Menteri Besar, Timbalan Menteri dan Menteri Penuh kepada empat orang Perdana Menteri dan turut sama dalam mesyuarat post kabinet yang diadakan setiap  minggu dan juga pernah bersidang di Parlimen.

Buku 'Mengimbau Kembali Tadbir Urus Kabinet' ini di tulis dalam bentuk yang santai  dan tidak memberatkan pembaca untuk memahami apa yang mahu disampaikan. Bukan sahaja golongan terpelajar, golongan biasa-biasapun dapat memahami dengan jelas peranan tadbir urus kerajaan dalam mentadbir negara, Di dalamnya juga selit peristiwa politik yang menjadi isu kepada masyarakat umum dan di beri penjelasan yang tidak memihak mengenai isu-isu tersebut. Contoh  kes  Kasitah Gadam, pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri serta banyak lagi kisah-kisah politik dalaman  yang tidak diketahui jelas oleh umum.

Disentuh juga mengenai Perdana Menteri Malaysia seperti Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir Mohamed, Tun Abdullah Badawi dan Dato' Seri Najib Abd. Razak  yangmana penulis pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri dan Menteri Kabinet. Penulis juga ada menyentuh mengenai zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak dimana semasa itu penulis menjadi Pegawai Kanan Kerajaan.

Banyak gambar-gambar menarik dalam buku ini yang kebanyakannya dirakam sendiri oleh penulis.

Membaca buku ini memang menyeronokan disamping mendapat maklumat mengenai Tadbir Urus Kerajaan, dapat juga menyelami peristiwa pahit dan manis pemimpin negara.



Buku kedua yang dibaca minggu ini ialah 'Jasa Mu Di Kenang'. Buku ini merupakan buku cenderahati semasa Majlis Makan Malam sempena persaraan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 21 Disember 2003 di Dewan Bankuasi, Pusat Konvensyen Putrajaya.

Buku nipis berkulit tebal ini mengandungi  Profil Tun Dr Mahathir Mohamad sedari lahir sehingga  menjadi Perdana Menteri. Turut di muatkan penglibatan beliau dalam politik dan kejayaan yang dicapai selama dua puluh dua tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Buku Kecil ini mengandungi maklumat mengenai Tun Dr Mahathir Mohamed dan terdapat juga koleksi puisi yang pernah di hasilkan dan dibacakan pada umum seperti puisi 'Perjuangan yang belum selesai', 'Erti Kemerdekaan' dan 'Diatas runtuhan Kota Melaka kita dirikan Putrajaya'

Seperti buku 'Mengimbas kembali Tadbir Urus Kabinet' dalam buku ini banyak juga gambar-gambar menarik.


* Kedua-dua buku ini dipinjam dari Perpustakaan Arkib Negara Malaysia.

Nota:

1. Kabinet 1Malaysia:
    Mengimbas kembali Tadbir Urus Kabimet
    Nombor perolehan: 17999
    Nombor panggilan: 9255/9691 

2. Jasamu Dikenang
    Nombor perolehan:13638
    Nombor panggilan:  6109

No comments: