17 May 2008

KESIHATAN+ALAM SEKITAR


Sesekali berjoging dan menikmati alam sekitar sungguh mengujakan.

Disamping menjaga kesihatan boleh juga menjamu mata melihat tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan yang pelbagai warna.

Minggu ini aku meluangkan masa bersama Radzy berjoging di Taman Tasik Sri Permaisuri, Cheras. Trek yang panjang luas dan di kelilingi alam sekitar memang sesuai untuk berjoging sambil menikmati penorama alam.

Tambahan dengan kemudahan seperti peralatan bersenam dan taman permainan untuk kanak-kanak memang sesuai untuk berjoging dan bersenam bersama keluarga di Hari Minggu.

Namun pertumbuhan dan kemajuan
sekeliling membuat taman ini seolah-olah akan teracam mungkin untuk lima tahun yang akan datang. Udara sekeliling tidak lagi nyaman walau pohon-pohonmenghijau masih lagi ada.

Aku masih lagi merindui alam sekitar dan penorama alam di Taman Negara. Udaranya nyaman dan jauh dari hiruk pekok bunyi kenderaan. Masih terasa dan tergiang kedinginan dan bunyi cengkerik diwaktu malam teringat waktu kecil di sebuah kampung nun jauh di pendalaman bersama seorang nenek yang baik hati. Bila lagi agaknya aku dapat kesana???

2 comments:

Anonymous said...

KEINDAHAN BATU MENTAGAN TAK PERNAH KU LUPAKAN. ALIRAN AIR SG PAHANG DI SG DURI MENGAMIT KENANGAN LALU.ANDAINYA AKU MASIH LAGI DISITU TAK INGIN KU BERJOGING DI TAMAN TASIK BERSAMA RADZY.

anak sedaramu said...

hahahah..
air sungai di rumah arwah toki seberang pun jgn dilupakan skali..
sesungguhnya..keindahan di sungai duri juga perlu di titik beratkan..
kesejukan air telaga juga menberi ketenangan kepada yang merasai..heheheh