Kami baru keluar dari bilik mesyuarat dengan kepala yang agak berat. Kehangatan perbincangan dalam mesyuarat tadi membuat masing-masing melayan fikiran sendiri. Seorang temanku tiba-tiba berkata..
"Aku rasa nak termuntah..."
"Aku pun" sampuk seorang kawanku yang lain
"Kau?" dia berpaling pada ku
"Aku rasa nak terbang"
"Aha yae.. mari kita terbang" kata mereka serentak, lalu kami sama-sama ketawa.
Begitulah kita kalau dalam keadaan stress, apa yang terkeluar dari mulut walau tidak boleh di terima akalpun boleh saja di terima dan bila sedar kita akan ketawa dengan kebodohan kita sendiri. Marilah kita sama-sama menangani stres.
No comments:
Post a Comment