Kita sentiasa bertemu dan berinteraksi dengan pelbagai jenis orang dari pelbagai golongan dan latar belakang. Kadang kita tidak tahu tujuan, niat, dan keikhlasan orang-orang di sekeliling kita, lalu kita akan membuat andaian mengenai mereka mengikut apa yang kita rasa. Kadang andaian kita tidak semestinya betul, namun selagi orang yang berkenaan tidak membuktikan bahawa andaian kita itu tidak betul kita akan tetap berandaian demikian.
Kita pernah bertemu atau terjumpa dengan orang sebegini, misalnya pertama kali bertemu dia akan berkata...
"I suka baju you" sambil memandang kita dari hujung kaki ke hujung kepala berulang kali. Mungkin dia berterus terang sukakan baju kita atau mungkin dot dot dot....
atau mungkin berkata....
"I tak pernah jumpa orang sebaik you" dia mungkin ikhlas berkata begitu atau mungkin sebaliknya., kerana selepas itu mungkin kita yang akan membayar bil makanan dan minumannya.
atau berkata...
"I minat betul kat you.. you memang hebat.. berbakat, berwawasan dan seorang pemikir yang hebat" tapi kemudian kita ketahui dia juga yang menjaja sekeliling nama kita mengatakan kita besar kepala, sombong, bongkak, tak dengar cakap dan pura-pura hebat.
Keikhlasan dan kejujuran kadang tidak terjelma dari kata-kata dan perbuatan dan memang sukar untuk mengenali, menyelami hati budi orang lain meskipun dia amat rapat dengan kita. Begitulah kita sering dihantui perasaan curiga, prasangka dan yang paling teruk buruk sangka.
Sebagai manusia biasa diriku ini ingin memohon maaf sekiranya prasangka dan buruk sangka itu telah ku letakkan dalam hati ku dan menyebabkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman perasaan ku... kerana andaian ku kadangnya betul dan kadangnya tidak kerana hanya tuhan saja yang maha mengetahui segala yang nyata dan tersembunyi.
No comments:
Post a Comment