11 May 2008

HARI IBU + TANGISAN

Tahun ini Hari ibu jatuh pada 11 Mei yangmana jatuh pada hari Ahad. Kebetulan jatuhnya pada hari minggu maka ramailah ibu-ibu yang di raikan pada hari ini.


Sebagai ibu tiada sambutan untuk aku, namun tanpa sambutanpun aku tetap bangga menjadi ibu kepada anak-anak ku. Aku menanggis tersedu-sedu, kesedihan tidak tertahan. Bukan kerana anak-anak ku tidak menghiraukan aku pada hari ibu ini, bukan juga kerana aku tidak bertanyakan khabar ibu ku di kampung.


Aku menanggis dan kesedihan yang tidak tertahan pada hari ibu ini adalah kerana aku disajikan cerita-cerita sedih mengenai ibu. Malamnya sebelum hari ibu aku menonton cerekarama TV3 'Demi Masa'. Maka tanpa dipinta air mataku mengalir membasahi pipi, maka menanggislah aku tersedu-sedu mengenang nasib ibu yang teraniaya dalam cerita yang dipaparkan walaupun aku tahu jalan cerita yang dibuat memang untuk meruntum perasaan penonton. Petang tadi aku beralih menonton ASTRO cerita 'Mama" sekali lagi aku menanggis tersedu-sedu dan teresak-esak. Maka terusiklah emosi ku pada hari ibu yang sepatutnya mengembira dan membahagiakan aku ini.



Tahun tahun akan datang mungkin cerita mengenai ibu lebih kearah positif, misalnya ibu yang berjaya dan anak-anak yang berjaya. Rasanya sekarang ini pun bukan sedikit ibu-ibu yang berjaya malah menjadi inspirasi, idola dan model kepada anak-anak dan anak-anak ini juga berjaya bidang masing-masing. Aku lebih bangga dan teruja jika dapat menonton cerita-cerita begini: Bagaimana seorang ibu, sebelum berjaya menempohi pelbagai rintangan dan dugaan dan setelah berjaya mendidik anak-anak supaya lebih berjaya dari dirinya sendiri. Adakah cerita-cerita atau drama-drama sebegini di Malaysia?... atau hanya cerita sedih mengenai ibu tua yang akhirnya mati merana kerana sikap suami dan anak-anaknya?...



Realitinya memang ada ibu-ibu yang berjaya dan anak-anak yang mengenang budi dan berjaya. Jadilah manusia yang berjaya dan tidak hanya menerima nasib seadanya.



Terima kasih kepada anak-anak kerana ucapan selamat hari ibu. Epie mengucapkan selamat hari ibu sehari sebelum Hari ibu, Fadir menitipkan Kad Ucapan Hari ibu tanpa ku duga semasa aku menghantarnya balik hostel petang tadi. Radzi menghantar MMS ucapan Hari ibu dengan sekuntum bunga. Teriam kasih anak-anak ku. Aku banga menjadi ibu mereka.. doa ku semuga mereka berjaya di dunia dan akhirat.

No comments: