"Saya mendapat 5 prinsipal dalam STPM dan pernah di tawarkan ke Universiti" katanya kemudian.
"Tawaran itu awak tolak?" potong ku. Dia mengangguk.
"Saya lebih minat melukis" tekannya. Aku mengangguk kepala memahami maksudnya.
"Kenapa tidak melukis sambil belajar?" soal ku kemudian. Dia diam seketika.
"Itulah silapnya saya, terlalu ikutkan perasaan. Saya pergi dari satu tempat ke satu tempat, merantau dari satu negeri ke satu negeri berbekalkan kanvas, berus dan warna"
"Setelah awak di halau?" Dia mengangguk lagi. Matanya kembali berkaca
"Ayah begitu marah bila saya menolak tawaran ke Universiti. Bila saya berkeras untuk menjadi pelukis dihalaunya saya dari rumah. Segala lukisan saya di rumah habis di koyak-koyakkan" ujarnya kemudian. Aku diam mendengar ceritanya sambil memerhati lukisan-lukisan yang bergantungan di situ dan mataku kembali terpaku pada lukisan potret ibu tua itu.
"Dia meninggal dunia tahun sudah. Saya sedikit pun tidak tahu, malah tidak diberitahu. Saya cuma tahu dia meninggal dunia setelah seorang teman yang kebetulan melihat saya melukis di Pasar Seni memberitahu" Matanya berkaca lagi namun dia masih mampu untuk senyum. Garis-garis kedukaan menwarnai wajahnya. Aku tahu dia seorang yang tabah dan kerana ketabahannya itulah memungkinkan dia masih bertahan untuk menjadi pelukis jalanan seperti ini.
No comments:
Post a Comment