Kali ni terpanggil menulis mengenai GST (Goods and Services Tax). Ramai lagi yang tidak faham mengenai GST walaupun GST ini pernah di bawa ke parlimen sejak tajun 1980an. Jika ditanya golongan profesional sekalipun apa itu GST mereka akan berkata GST iru cukai barangan. Semu barang kena cukai. Pemahaman mengenai GST ini masih lagi kurang, masih ramai tidak jelas mengenai GST walaupun GST ini telah dilaksanakan dikebanyakan negara di dunia ini.
Di Asia Tenggara ini pun hanya Malaysia, Brunei dan Nymar yang tidak melaksanakan GST. Negara Lain seperti Singapura, Thailand dan Filipina telah lama melaksanakan GST ini.
Bahasa Inggeris nya Goods and Services Tax. Dalam bahasa Melayu Cukai Barangan dan Perkhidmatan. dalam ertikata lain semua benda kena cukai samaada barangan atau perkhidmatan. Dan itulah yang difahami oleh semua orang termasuk individu dari Syarikat-syarikat besar.
Semua barangan dan perkhidmatan kena cukai?..
Ya semua barangan dan perkhidamtan kena cukai selain dari barangan dan perkhimatan pelajaran, pengangkutan dan kesihatan dikecualikan dari cukai.
Namun begitu keperluan asas seperti gula, tepung, ayam yang tidak diproses dan lain-lain kadar cukai nya 0%.
Sementara barangan atau perkhidmatan lain akan dikenakan cukai antara 4 -7%. Barangan lain termasuklah baju, kasut, beg, makanan segera, ayam atau daging yang telah di perap dan lain-lain dikenakan cukai GST. Sekarangpun barang-barang ini ada cukai tetapi tidak dinyatakan , kebanyakan peniaga menyerapkan cukai ini dalam harga barangan contoh kalau baju sepatutnya berharga RM8.00. Peniaga akan meletakan harga RM10.00. Jika pelaksanaan GST dalam resit belian akan ditulis Harga sebenar dan cukai GST jadi lebih telus dan menguntungkan pengguna. Kaedah ini telah dipakai dikebanyakan negara luar contohnya singapura dan UK. Kepada yang biasa membeli belah di luar negara mungkin sudah biasa melihat resit yang bertulis GST dengan %nya.
Di Malaysia penolakan mengunaan GST ini terdiri dari pelbagai golongan. Terutama perniaga ini kerana peniagan tidak boleh sewenang-wenangnya meletak harga dan setiap jualan perlu jelas harga dan kadar % GST .
Kebanyakan peniaga di Malaysia tidak mahu perkara ini berlaku kerana mereka tidak bebas meletak harga. kerana adanya kawalan harga oleh kerajaan.
Walaubagaimanapun perniaga akan mendapat pulangan balik cukai GST ini dengan mendaftar dengan Jabatan yang berkanaan (KASTAM), dan memang digalakan peniaga-peniaga berdaftar dengan cara ini pendapatan cukai barangan dan perkhidmatan lebih sistematik dan teratur.
Sekarang ini di Malaysia telah ada CUKAI barangan terutamanya perkhidmatan yang di kenali SERVICES TAX dan GOVERMENT TAX. Cukai ini tidak menyeluruh dan dikenakan kepada Syarikat-syarikat tertentu sahaja. GST dilaksanakan untuk penambahbaikan atau replacement kepada cukai yang ada sekarang.
OPPS.. cukup untuk kali ini pasal GST.. nanti akan diceritakan lagi dengan lebih detail...belum bagi GST syarikat-syarikat...Nanti cerita lagi yae... nak cari info lagi ni....
No comments:
Post a Comment