14 August 2014

Program bersama Anak Yatim di Galeria Sri Perdana



Pada 21 Jun 2014 (Sabtu) telah diadakan Program Kembara 1Malaysia dengan kerjasama Badan Kebajikan Islam, Arkib Negara Malaysia (BA’IS ) bersama anak yatim telah diadakan di Galeria Sri Perdana. Program ini menjurus kepada aktiviti sosial iaitu disamping menyumbang kepada mereka yang tidak bernasib baik sempena menjelangnya bulam Ramadhan, juga diadakan aktiviti bagi menambah kefahaman dan kesedaran peserta mengenai tokoh Negarawan dan sumbangan tokoh berkenaan terhadap Negara.

Seramai dua ratus orang anak-anak dari rumah anak yatim menyertai Program ini yang terdiri dari Kompleks Darul Kifayah, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Klang (PEYAKIN), Rumah Kasih Sayang dan Rumah Anak Yatim Nasuha.

Antara aktiviti yang dijalankan sempena program ini ialah pertandingan  Kuiz dan Ceramah Agama. Ceramah Agama  yang berkisar mengenai amalan berpuasa dan kemuliaan bulan Ramadhan telah di sampaikan oleh Ustaz Azhar  Tuarno , Imam Masjid Negara. 

Bagi pertandingan Kuiz, peserta di minta menyiapkan puzzle terlebih dahulu sebelum diberikan kertas soalan kuiz. Terdapat tiga puluh lima soalan mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Galeria Sri Perdana perlu dijawap oleh peserta dalam masa tiga puluh minit. Peserta yang menjawap betul dan terawal dikira sebagai pemenang.

Penyampaian hadiah kepada pemenang  telah disempurnakan oleh Encik Ihsan bin Haji Hassan, Pengarah Bahagian Arkib Negarawan, Arkib Negara Malaysia . 

Diakhir Program, peyampaian sumbangan   kepada rumah anak yatim disempurnakan oleh Encik Ihsan bin Haji Hassan, Pengarah Bahagian Arkib Negarawan diiringi oleh Encik Saharudin bin Karsan, Ketua Seksyen Arkib Negarawan dan Encik Farizal bin Bidin, Naib Yang DiPertua Badan Kebajikan Islam Arkib Negara Islam (BA’IS). 

Sumbangan berupa wang, hamper dan barang keperluan asas seperti beras, gula, milo, susu, sardin dan sebagainya telah disumbangkan oleh Badan Kebajikan Islam (BAIS)  dan juga hasil kutipan dan sumbangan  Ahli-ahli BAIS, Arkib Negara Malaysia.
 
Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penderma yang telah memberikan sumbangan samaada dalam bentuk wang tunai, barangan dan tenaga bagi menjayakan program ini. Semoga Allah swt memberikan ganjaranNya  diatas keikhlasan dan sumbangan yang telah diberikan.

No comments: