17 April 2014

GST - Salah faham mengenai GST



Kali ini mahu membicarakan lagi mengenai  Cukai Barangan dan Perkhidmatan  (GST). 

Salah faham mengenai GST...

Walaupun Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan telah diluluskan di Dewan Rakyat dan GST akan dilaksanakan pada 1 April 2015. Tapi masih ada lagi yang tidak faham dan masih lagi keliru  mengenai GST.

Dalam post yang lalu telah dijelaskan secara ringkas mengenai Apa itu GST, Kesan GST pada Rakyat  dan barang-barang yang 0% GST dan kali ini  ingin memaparkan salah faham GST.

Ini kerana bila melawat laman sosial yang membicarakan tentang GST kebanyakannya tahu mengenai GST tetapi disalah taksirkan dan dikelirukan mengikut pendapat dan padangan masing-masing.

ADAKAH GST CUKAI BARU

Pada hakikatnya GST merupakan cukai yang baru di perkenalkan di Malaysia. 

Tapi perlu diingat bahawa sekarang inipun telah ada cukai yang dikenakan keatas rakyat, iaituCukai Jualan 1972 (Akta 64) dan Cukai Perkhidmatan 1975 (Akta 151) yangmana dipungut oleh Kastam.Rata-rata rakyat tidak sedar kewujudan kedua-dua jenis cukai ini tetapi lebih menfokuskan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang  baru diperkenalkan.

Cukai jualan (10%) umumnya dikenakan keatas barangan yang dikilangkan di Malaysia atau diimport, dan dibayar oleh pengeluar atau pengimpot yang mempunyai hasil tahunan RM100,000 ke atas. Cukai ini di serap kedalam harga barangan yang dijual kepada pengguna. Cukai jualan ini tidak dinyatakan atau diprint dalam bil-bil belian contohnya  jika membeli baju, beg, perabut atau sebagainya kerana cukai telah diserap dalam harga jualan.

Manakala cukai perkhidmatan (6%) dikenakan ke atas perkhidmatan khas seperti perkhidmatan hotel, Insurans, telekomunikasi, khidmat profesional, outlet makanan dan minuman dan sebagainya. Cukai Perkhidmatan ini jelas di print pada bil-bil bila pengguna mengunakan perkhidmatan ini contohnya jika makan di KFC atau Mc Donald atau menginap di hotel-hotel.

GST yang baru diperkenalkan oleh kerajaan akan mengantikan kedua-dua cukai diatas. Atau untuk lebih jelas kedua-dua cukai diatas akan dimansuhkan apabila Cukai barang dan perkhidmatan (GST)  sebanyak (6%) di laksanakan.

Jika diihat penjelasan diatas dapat dinyatakan bahawa  rakyat  membayar cukai yang lebih tinggi  sekarang berbanding jika GST dilaksanakan. Ini kerana GST berupaya untuk menagani masalah cukai bertindan yang sekaligus mengurangkan beban cukai pengguna. Contoh mudah,  jika minum  air berkobanat di MCDonald, kedua-dua cukai dikenakan kepada pengguna iaitu cukai jualan (Air berkabonat) dan cukai perkhidmatan (Outlet makanan dan minuman). Apabila GST dilaksanakan pengguna membayar satu jenis cukai iaitu  GST (6%).

 APAKAH PELAKSANAAN GST AKAN MENINGKATKAN HARGA BARANG

Bagi barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan  (SST) ketika ini , kenaikan harga akan berlaku. Walau bagaimanapun barangan Asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya (senarai barangan ini ada dalam post terdahulu) tidak dikenakan cukai GST dan barangan ini harganya tetap sama ketika ini atau selepas pelaksanaan GST. Bagi barangan dan perkhidmatan yang ketika ini dikenakan cukai jualan dan cukai perkhidmatan apabila  GST dilaksanakan, barangan ini boleh turun harganya.

Namun begitu dapat disimpulkan bahawa akan ada barangan dan perkhidmatan yang naik, turun dan tidak berubah apabila GST dilaksankan nanti. Namun begitu bagi rakyat  biasa tiada perubahan besar yang berlaku kerana keperluan harian rakyat biasa kebanyakkannya di kecualikan cukai, ini termasuk selain dari barangan asas seperti dinyatakan di atas, yang dikecualikan cukai terdapat juga bekalan/perkhidmtan yang di kecualikan cukai iaitu bekalan/perkhidmatan perubatan, pengangkutan awam, pendidikan dan perbankkan dan perumahan.

KEPERLUAN MELAKSANAKAN GST
 Pelaksanaan GST perlu bagi meluaskan kadar kenaan cukai kepada semua individu dan perniagaan di Malaysia yang secara tidak lansung menambah pendapatan Kerajaan. GST juga akan dapat menutup kelemahan cukai jualan dan cukai perkhidmatan (SST) yangmana terdapat cukai berganda, lari dari cukai (tax evasion) dan sebagainya.
Tambahan lagi di Malaysia pembayar cukai pendapatan (Income Tax) dikalangan rakyat Malaysia hanya 20% daripada 28 juta rakyat, ini belum lagi perkerja asing yang bekerja di Malaysia yang sememangnya tidak membayar cukai pendapatan (Income tax) walaupun pendapatan mereka melebihi had cukai yang patut dikenakan.. Ini tidak adil dan merugikan kerjaaan.  Dengan pelaksanaan GST   setiap individu samada rakyat Malaysia atau asing  setiap pembelian dan perkhidmatan yang diterima dikenakan kadar cukai yang sama iaitu 6%.

APAKAH GST  TIDAK ADIL KEPADA ORANG MISKIN

Tidak adil jika dilihat pada kadar GST yang dikenakan sebanyak 6% samaada pendapatan rendah atau tinggi, samaada kaya atau miskin. Namun begitu langkah kerajaan memperkenalkan pakej seperti bayaran tunai atau rebet seperti BRIM kepada mereka yang berpendapatan rendah amat  membantu. Harap jumlah rebet yang diberi ini akan  meningkat dari masa ke semasa.

Perlu difahami bahawa konsep cukai penggunaan (consumption tax) seperti GST ialah semakin banyak pengguna membeli barang atau menggunakan perkhidmatan semakin banyak cukai yang akan dibayar. Bermakna pengguna perlu bijak dan berhemah bila berbelanja. Dari satu segi pengguna yang berpendapatan tinggi lebih banyak kuasa membeli dan mereka lebih banyak membayar cukai. Pendapatan rendah kuasa beli kurang jadi kurang menbayar cukai tambahan lagi di Malaysia kebanyakan barangan asas seperti tepung, minyak, gula, ayam, daging  dan sebagainya (zero rated) iaitu tidak dikenakan cukai GST.

* Setakat ini dulu nanti sambung lagi penerangan mengenai GST...senyum itu sedekah. Senyum senyum selalu ....hoyehhh....


No comments: