Setelah menghantar anak-anak bermain ice skating di tingkat bawah Sunway pyramid aku merayau-rayau ke kedai buku Popular bersebelahan Jaya Jusco. Setelah puas menatap buku, aku merayau ke tingkat atas dan merasakan bahawa masa ini perlu diisi sepenuhnya sebelum anak-anak menghabiskan sesi kedua permainan.
Semasa menapak ke tingkat atas, ketika itu terlintas difikiran untuk menonton wayang. Dari senarai yang tertera di skrin, aku mengambil keputusan untuk menonton 'Treasure Hunter'.
Filem mengisahkan seorang penulis wanita yang diminta oleh editornya untuk menyiapkan manuskrip cerita 'Ghost City' dan diberi tempoh 3 hari untuk menyiapkannya jika gagal, dia akan dipecat. Dalam masa yang sama bapa penulis ini seorang arkeologi menelifon bertanya khabar dan menjemputnya makan malam, dari situ bermulalah episod pencarian sebuah bandar lama yang telah lupus di tengah padang pasir di Mongalia. Bandar ini kononnya menempatkan harta karun yang tidak ternilai harganya. Peta menuju ke bandar ini hanya terdapat pada bapa penulis ini.
Cerita selanjutnya bolehlah menonton filem 'Treasure Hunter' ini. Menariknya pengakhiran filem ini dimana penulis ini bukan saja telah dipecat kerana tidak dapat menyudahi manuskrip yang diminta tetapi tidak juga memperolehi harta karun tersebut kerana bandar itu di lindungi sepenuhnya oleh tentera ghaib yang akan menjahanamkan sesiapa saja yang cuba mengkacau ganggu harta-harta dan bandar tersebut malah bapanya turut mati ketika perebutan untuk mendapatkan peta bandar tersebut.
Kisah malang wanita ini tidak habis disitu, kerana pengalaman beliau ketika pencarian harta karun itu akhirnya di bukukan. Semasa pelancaran buku ini, editor yang memecatnya cuba mendapatnya kembali untuk menyambung kontrak. Apakah penulis ini meyambung kembali kontrak tersebut?.. .. jawapan ada dalam filem ini.
No comments:
Post a Comment