Mata ku redup merenung perenggan ini. Sekali lagi aku membaca..
"Beliau ada dua orang anak yang tidak rasmi.."
Bagaimana pula ada anak yang tidak rasmi. Aku membaca lagi..
"Kedua-dua anak itu adalah hasil hubungan sulitnya dengan seorang perempuan berbangsa Cina?"
"Berbangsa Cina?' fikiran ku berputar-putar...dan ku baca lagi..
"Walau bagaimanapun kedua-dua anak ini ber Binkan beliau". Aku tersenyum simpul. Oh.. begitu ceritanya. Aku membaca lagi...
"Beliau ada seorang anak lelaki dengan isteri pertama"..
"Isteri pertama?...
"Isteri pertama ini di kahwini semasa masih belajar di Luar Negara"..sekali lagi kepala ku berpinar-pinar. Aku membaca lagi..
"beliau tidak mempunyai anak dengan isteri kedua..."
"Isteri kedua?"...
"Isteri pertama meninggal kerana deman panas.." oh.. begitu ceritanya. Aku membaca lagi..
"Isteri kedua yang dikahwini setelah isteri pertama meninggal dunia, merupakan isteri pilihan keluarga dari golongan berada.. dan menjadi isteri rasmi sehingga akhir hayat" oh begitu ceritanya.. Aku membaca lagi.,
"Bersama isteri keduanya..." belum sempat ku menghabiskan ayat tersebut, seorang sahabat muncul bersama beberapa risalah ditangan.
"Jadilah baca fail lama tu.. baca ni.." diletak risalah itu dimejaku..
Terpampang wajah yang dikenali ramai di halaman hadapan risalah itu.. bersama cerita yang lebih kurang sama dengan apa yang ku baca dari fail lama itu cuma wataknya berlainan..
Agaknya banyak cerita dibalik tabir....atau ini cuma fitnah?....fikiran ku kembali berputar-putar.
No comments:
Post a Comment