09 November 2012

LAWATAN KELAB CHE DET


Seramai lebih kurang 50 orang ahli kelab CheDet telah datang membuat lawatan ke Galeria Sri Perdana, Jalan damansara, Kuala Lumpur  pada 8 November 2012. Kumpulan ini sebenarnya dalam program kembara ' Jejak Tun Dr. Mahathir' yang bergerak dari Putrajaya ke Galeria Perdana, Langkawi, sepanjang kembara mereka singgah di Galeria Sri Perdana, Rumah kelahiran Tun Dr. Mahadhir di Alor Setar Kedah dan akhir sekali ke Galeria Perdana, Langkawi, disana di khabarkan Tun akan turut hadir bersama mereka untuk beramah mesra dan makan tengahari.

Seronok juga dapat berkenalan dengan ahli-ahli kelab yang terdiri daripada pelbagai peringakat umur dan juga dalam pelbagai latar belakang. Masing-masing merupakan peminat setia Tun Dr. Mahathir yang keahlian mereka   dibuat dengan mendaftar melalui laman sesawang kelabchedet.com.
 
Semoga dengan  lawatan singkat di Galeria Sri Perdana mendapat sedikit informasi dan maklumat mengenai Tun Dr. Mahathir terutama ketika beliau menjadi Perdana menteri dan semoga lawatan ke Galeria Sri Perdana memberi kesan yang positif  dikalangan hali Kelab CheDet dan diharap dimasa akan datang boleh membuat kerjasama dengan mereka dalam program yang dianjurkan.


Selamat meneruskan perjalanan kepada Ahli kelab CheDet semoga hubungan siraturahim dan ukwah dikalangan ahli Kelab terus terjalin demi meneruskan 'perjuangan yang belum selesai'.

No comments: