20 March 2013

KEHIDUPAN

Dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini aku dapat melihat kejadian yang sepatutnya tidak berlaku. Bukan kemalangan jalanraya yang aku maksudkan tetapi tentang kehidupan manusia, terutama suami dan isteri masa kini.

Di persimpangan berlampu isyarat, ketika lampu merah menyala akau berhenti betul-betul di belakanag sebuah kereta  perodua Viva yang comel berwarna perak. Didalamnya  kelihatan sepasang suami isteri yang usianya dalam lingkugan 20an. Pada awalnya  aku lihat mereka sedang berbual-bual tetapi lama kelamaan bila ku perhatikan seperti mereka sedang bertilkam lidah dan akhir sekali dada ku berdebar kencang bila ku lihat tangan lelaki itu mengemgam penumbuk dan mengaju-aju tumbukan di muka isterinta. Lampu isyarat masih belum bertukar hijau. Dadaku makin berdebar bila mereka masih lagi bertikam lidah dan lelaki itu  menumbuk berkali-kali wajah perempuan disebelahnya walau cuba ditepis oleh perempuan itu.

 Ya.. Allah kata ku dalam hati, sekiranya lelaki itu suami kepada perempuan tersebut, tidak sepatutnya melakukan perbuatan sedemikian kepada isteri sendiri. Sabar separuh dari iman.. bersabarlah walau hati sedang sakit.. jangan menyakiti orang yang tidur sebantal dan sebilik dengan kita. Berdiam diri lebih baik dari bertikam lidah dan bertumbuk-tumbuk seperti itu. Dimanakha maruah seorang lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kepada wanita (isteri yang melahirkan anak-anak kita nanti).

Lampu isyarat bertukar merah.. dan kereta itu meluncur laju ke depan. Aku mengurut dada..

No comments: