08 January 2012

MAJLIS HIMPUNAN ANAK PEKAN BERSAMA PM

Ucapan Perasmian oleh PM
Walaupun program ni telah  diadakan pada 18 Disember 2011 yang lalu, tapi ingin juga ku kongsikan mengenainya.

Kelab anak Wawasan  Pekan atau lebih dikenali sebagai KAWAN telah mengadakan Majlis Malam Himpunan Anak Pekan Bersama YAB Perdana Menteri sempenaUlang Tahun ke Sepuluh kelab ini di Dewan Tun Razak 1 PWTC. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kelab ini dianggotai oleh anak-anak jati Pekan, Pahang tidak kira dimana mereka berada.


Majlis ini mendapat sambutan yang mengalakkan, memandangkan kehadiran ahli-ahli persatuan pada malam itu amat memberangsangkan. Dewan Tun Abdul Razak 1, PWTC dipenuhi ahli persatuan yang hadir mendengar ucapan YB Datuk Seri Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan. Ahli-ahli juga dijamukan dengan makan malam  sambil beramah mesra sesama ahli Kelab. Majlis ini  bukan saja dapat menyatukan anak-anak Pekan yang merantau dari daerah kelahiran tetapi juga dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak dikampung halaman disamping menpertahankan budaya termasuk mengingati kembali dialek penduduk daerah Pekan.
Buku Ceritera Kawan & Pek

Di Majlis ini juga di edarkan buku program bertajuk Ceritera Kawan & Pekan yangmana didalamnya terdapat sejarah mengenai bandar Pekan dan profail anak-anak Pekan yang telah berjaya di peringkat Nasional dan Antarabangsa. Paling menarik didalam buku ini juga terdapat glosari dialek Daerah Pekan.

Majlis pada malam itu membawa pelbagai kenangan manis antara ahli-ahli Kelab dan diharap dapat bertemu lagi di pertemuan akan datang. Ucapan Tahniah kepada Presiden,  Urusetia  dan AJKyang bertungkuslumus  menjayakan Majlis ini. "KLORGE KAWAN BESOR"



No comments: