Beberapa lama tidak memblog, tetiba teringin pula nak berkongsi cerita yang telah aku simpan dalam benak ni.. Ceritanya begini..
"Ehh dah bersawang blog kau Zaihan.. awatnya la ni tak memblog.. dah pencen ker?"
"Memang dah bersawangpun..masa ada, bahan cerita dalam benak aku ni..hari-hari ada cerita"
"Dah tu nape disimpan jer?..
"Entahlah.. sejak berFB ni.. seronok baca cerita-cerita orang jer?..hari-hari ada cerita menarik kat FB, sampai aku terlupa yang aku ni ada blog"
"Kalau macam tu.. biarkanlah blog kau ni bersawang.. berFB ajelah senang dan ringkas"
"Masalahnya aku rasa tak puas.. aku suka juga baca blog orang2 lain kerana blog lebih berinformasi.. FB cerita ringkas kurang info banyak gambar2. tapi aku suka gambar sebab orang kata dari gambar dapat menceritakan sesuatu.. hehe.. terlebih pulak aku"
"Kau memang selalu terlebih..."
"Aku ingat nak tanam azam ditahun baru ni.."
"Dah nak ber azam pulak.. memang terlebih kau ni hehe"
"Aku tak nak biarkan blog aku ni bersawang.. jadi setiap minggu aku akan ada satu cerita.. bagus tak idea aku ni?.."
"Lantak kaulah Zaihan.. kau memang suka berangan.."
"Orang kata dari angan-angan jadi kenyataan betul tak?..
"Ok.. setiap minggu satu cerita.."
"Jangan Azam tinggal azam dahlah Zaihan.. nanti bersawang balik blog kau ni...
"Setiap minggu satu cerita.."
"Yae.. yae..aku tak pekak.. dengar"
"Azam kau apa pulak?..."
"Azam aku..setiap minggu aku nak beri kau satu cerita..haha.. bagus tak idea aku ni"
"Kau memang...hahaha...Raja Lawak Mega betullah kau ni..haha"
No comments:
Post a Comment