Suatu petang sewaktu aku sedang berehat dirumah, seorang rakan menelefon ku.
"Apa khabar Zaihan?.. lama tak contact you, you sihat ke?"
"Alhamdullillah"
"Suami you ada kat rumah ke?
"Kenapa?"
"Gini aku nak cerita kat kau tentang jiran aku nii"
"Kenapa dengan jiran kau"
"Aku bukan nak jaga tepi kain orang Zaihan.. tapi aku curiga juga dengan perangai dia ni"
"Kenapa dia pukul kucing kau kah"
"Dia ada dua orang anak, mungkin umur dalam 3 dan 5 tahun"
"Kenapa dengan anak dia?"
"Bukan aku nak cerita pasal anak dia.. anak dia tak apa-apa budak kecil bukan tau apa, yang aku nak cerita tentang mak dia, jiran aku tu"
"Kenapa dengan mak dia"
"Dah dua tiga kali aku tengok, ada seorang lelaki dewasa asyik keluar masuk rumah dia.. kadang datang petang keluar nya pagi, datang pagi keluarnya petang"
"Yang kau sibuk nii kenapa" aku mula ketawa, apalah punya kawan ni nak bergosip pula dengan aku.
"Entah-entah bapa saudara dia ke.. anak saudara dia ke, kau tak boleh tuduh begitu je" sambung ku selepas mematikan ketawa.
"Aku bukan tuduh sembarangan"
"Takkan dia tiada suami kot, janda ke?"
"Kalau tak silap aku suami dia bertugas dalam syarikat oil & gas di Qatar, jarang-jarang balik sini.. dalam setahun sekali dua macam tulah"
"Aku rasa lah kalau suami bertugas diluar negara, patut bawak sekali isteri dan anak-anak , bahaya tinggalkan isteri lama-lama macam tu, maklumlah, kalau aku sendiri pun boleh menanggis.. merana zaihan.. lima bulan sekali baru dapat xxxxx"Aku tergelak, ada-ada je kawan aku ni.
"Yang paling aku bimbang, suami kat sana tak tau apa-apa, sesekali balik isteri dah mengandung tapi bila lahir anak rupa orang lain tak ke haru"
"Kau reportlah Jabatan Agama. habis cerita, tak pun kau jumpa dia bagi nasihat"
"Tak maulah aku campur hal orang"
"Susahlah macam tu... kalau tak mahu campur hal orang tak payahlah kau cerita kat aku ni"
"Aku cerita ni sebab akau tak mahu campur hal oranglah"
"Pulak.." lantak kaulah labi..
No comments:
Post a Comment