20 October 2013

Mengenai GST lagi...

Apakah dia cukai barangan dan perkhidmatan (GST)? Seperti yang dinyatakan dalam post terdahulu cukai barangan dan perkhimatan atau dalam bahasa inggerisnya Goods and Sevices Tax (GST) adalah cukai penggunaan iaitu cukai GST akan dikenakan keatas setiap barangan dan perkhidmatan.Cukai dikenakan keatas setiap peringkat perniagaan termasuk yang diimpot. Namun begitu kadar cukai setiap barangan berbeza antara 4 - 7%. Bagi barangan asas seperti beras, gula, minyak masak, tepung, garam, sayuran, rempah ratus, ayam, daging, ikan, telur dan sebagainya adalah zero GST iaitu 0%GST untuk mudah difahami tiada cukai dikenakan. Apakah GST merupakan cukai penggunaan yang baru? GST sebenarnya merupan cukai gantian, dimana cukai yang sedia ada kini iaitu Goverment Tax dan Services TAX (SST) akan digantikan keselurannnya dengan GST. Dengan kata lain GST akan mengantikan cukai yang ada sekarang dan cukai yang dikenakan sekarang akan dihapuskan.

Mengapa perlunya cukai jualan dan cukai perkhidmatan sediaada perlu digantikan dengan GST?.
Cukai jualan dan cukai perkhidmatan sediaada adalah tersembunyi kerana dikenakan pada satu peringkat perniagaan sahaja. Contohnya ketika barangan di keluarkan dari kilang atau di impot bagi cukai jualan. Manakala ketika perkhidmatan disediakan kepada pengguna bagi cukai perkhidmatan.

Cukai jualan dan cukai perkhidmatan  yang sediaada merupakan cukai berganda yang dikenakan secara serentak kepada pengguna dan membebankan pengguna. Contohnya apabila membeli makanan segera atau menginap di hotel.

GST merupakan cukai yang lebih telus, efektif, efisien dan mesra pengguna. GST juga dapat mengatasi kelemahan  yang terdapat  dalam cukai barangan dan cukai perkhidmatan yang dilaksanakan sekarang.

GST juga dapat meningkatkan pematuhan cukai oleh perniaga dan lebih jelas kedudukan cukai barangan kepada pengguna, tiada lagi cukai tersembunyi yang dikenakan tanpa disedari pengguna.

Peniaga juga hanya perlu mengemukakan penyata cukai yang lebih ringkas mengikut format yang telah disediakan. Semua rekod transaksi berkaitan perlu disimpan di premis syarikat bagi aktiviti pengauditan di kemudian hari.

Mengapa Kerajaan mahu melaksanakan GST?.

GST merupakan sebahagian program pembaharuan terhadap sistem percukaian Negara kearah sistem yang lebih mantap dan telus.

GST juga berupaya untuk meningkatkan keberkesanan, kapasiti dan integriti di dalam aspek pengurusan cukai.

Nota:
Setakat ini dulu bicara mengenai GST.. akan sambung lagi nanti sedang mencari info terkini...

GOOD LUCK and CHEERS.....

No comments: