![]() | ||
Bersalaman dengan Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak |
Perjumpaan ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai penaung Kelab ini. Perjumpaan ini telah menarik kehadiran lebih dari 2,000 orang ahli yang terdiri dari anak-anak kelahiran Pekan, Pahang Darul makmur yang tinggal di perantauan.
Kepada anak-anak Pahang yang tinggal di perantauan eloklah memasuki kelab ini memandangkan banyak faedah yang boleh didapati apabila menyertai Kelab ini. Disamping setahun sekali dapat bertemu sahabat handai, rakan taulan dan saudara mara yang jauh mahupun yang dekat. Dapat juga merapatkan diri dengan Pemimpin Negara dan mendengar amanat yang disampaikan.

Tanpa Yuran keahlian ahli-ahli Kelab KAWAN mendapat pelbagai faedah yang dapat memangkin generasi kini menjadi insan yang berguna dan dapat melakukan perkara yang berfaedah dari membuang masa begitu saja disamping tidak terjebak kepada gejala yang tidak sihat.
MINDA CERGAS...GERAK TANGKAS..KREATIVITI MENYERLAH..
KELORGA KAWAN BESOR
No comments:
Post a Comment