17 February 2012

BUKU KOMUNIKASI TERBITAN PTS

Telah menghabiskan bacaan dua buah buku yang dipinjam dari Perpustakaan Arkib Negara Malaysia. Buku-buku itu bertajuk "Komunikasi untuk Pemimpin" dan "Komunikasi ditempat Kerja". 

Kedua-dua buah buku ini  memberi manfaat dan faedah kepada sesiapa yang berurusan dengan orang ramai  terutama di tempat kerja. Komunikasi antara ketua dengan kakitangan dibawahnya dan juga komunikasi antara kakitangan bawahan dangan ketuanya  penting bagi  memantapkan dan memajukan organisasi.

Kredit diberikan kepada penulis buku ini iaitu Prof. Abdullah Hassan dan isterinya Puan Ainon  Mohd. kerana menulis dan menerbitkan buku yang banyak memberi ilmu dan pengetahuan mengenai  teknik komunikasi yang betul dan berkesan di tempat kerja.

"Komunikasi di tempat kerja" amat sesuai dibaca oleh Pengurus atau bakal Pengurus kerana didalamnya banyak mengandungi panduan dan contoh-contoh berkomunikasi. Ianya   ditulis dalam bahasa yang mudah dan senang difahami. Didalamnya ditulis juga cara bagaimana menulis surat rasmi, menulis pada media, artikel, laporan, kertas kerja dan sebagainya. Juga terdapat panduan berkomunikasi dalam mesyuarat dan berkomunikasi di depan audien. Yang mana perkara begini memang sering dihadapi oleh para Pengurus termasuk diri ini.

Sebagai seorang Pengurus buku ini sangat berguna untuk dijadikan rujukan dan panduan. Dicadangkan rakan-rakan pengurus yang lain mendapatkan buku ini dikedai-kedai buku atau pinjam sahaja di Perpustakaan Jabatan seperti diri ku ini. (Dalam hati rasa tak puas.. akan ku beli juga buku ini.. harap-harap ada lagi stok dipasaran)

"SELAMAT MEMBACA"

 *Nota:
1. Tajuk Buku:  Komunikasi di tempat kerja
    No. klasifikasi perpustakaan: 8121
    Alamat perpustakaan: Perpustakaan Arkib Negara Malaysia

2. Tajuk Buku: Komunikasi untuk Pemimpin
     No. klasifikasi perpustakaan: 0825
    Alamat perpustakaan: Perpustakaan Arkib Negara Malaysia

No comments: