Dia anak ku yang paling kecil. Usianya 12 tahun, manja dengan ku dan juga suami. Dialah satu-satu anak yang tinggal bersamaku dirumah, anak yang lain duduk di asrama. Hari-hari bila ke sekolah dia akan bersalam dan mencium tanganku begitu juga bila malam ketika dia mahu tidur. Dia anak yang baik, rajin dan mendengar kata. Satu-satu peneman ku dirumah takala suami pulang lewat atau tiada dirumah. Dialah yang paling rapat dengan ku dan tempat aku mengadu. Walaupun usianya baru 12 tahun, tapi dia begitu peka dan prihatin. Berat badannya 45 kg agak gempal jika dibandingkan dengan abang-abangnya yang lain. Tahun ini dia akan mengambil UPSR. Janjinya untuk mendapat 5A. Aku doakan agar apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Itulah doa seorang ibu. Aku memang sayang padanya.
No comments:
Post a Comment