01 May 2008

CUTI SANTAI + NOVEL SANTAI

Hari yang santai, cuti hari pekerja yang dulunya dipanggil cuti hari buruh. Pekerja dan buruh apakah perbezaannya?. Samaada pekerja atau buruh kedengaran perkataan sahaja lain tapi hakikatnya adalah sama iaitu dari segi bekerja untuk orang lain, ataupun dengan lain perkataan pekerja yang ada boss.

Aku lah pekerja atau buruh itu dan 1hb. Mei adalah hari cuti rasmi aku.

Cuti yang santai ditengah minggu hari bekerja yang sibuk. Aku mencapai buku tulisan Datuk A.Samad Said Edisi Santai 'Cinta Fansuri' dan 'Ilham Di Tepi Tasik' . Ku habiskan bacaan kedua-dua buku tersebut sebelum ku sambung dengan novel 'Keledang' juga tulisan Datuk A.Samad Said. Ketiga-tiga buku tersebut ku habiskan bacaan seharian pada hari cuti pekerja yang santai ini. Terima kasih Pak Samad kerana menerbitkan buku-buku edisi santai seperti ini setidak-tidaknya manusia sesantai aku ini dapat menghabiskan cuti santainya dengan melakukan sesuatu yang bermakna dan tidak hanya membuang masa dengan bersantai menonton TV atau menonton filem atau mendengar lagu pada hari cuti yang santai ini.

Siapa kata buku sasterawan negara karyanya berat-berat belaka?.

No comments: