28 April 2008

SENIMAN JALANAN III

"Awak juga orang seni, saya tahu" katanya tiba-tiba, perlahan. Memandang tepat ke wajah ku. Aku cuma senyum.

"Awak penulis?" soalnya tiba-tiba.

"Tidak" jawap ku bingkas.

"Meminati tulisan, misalnya?" katanya kemudian, sekali lagi memandang raut wajah ku.

"Mungkin" jawap ku pendek. Dia senyum.

"Saya pernah di halau waktu mula-mula melukis dulu" katanya, juga perlahan, Ku pandang wajahnya. Air mukanya berubah sedih. Aku ingin bertanya lebih lanjut lagi, tapi ku biarkan suasana sepi seketika. Dia mengeluh dalam.

"kalau tak ikutkan perasaan, mungkin saya sudah senang sekarang" ujarnya kemudian.

"Awak menyesal?" tanya ku pendek. Dia bangun berjalan menuju ke sebuah lukisan yang tergantung di salah satu sudut geleri. Seorang dua wanita yang kebetulan melintas di situ menileh padanya. Aku mengekorinya dari belakang.

"Ini lukisan saya yang pertama" tunjuknya pada sebuah lukisan potret ibu tua yang bermata bundar.

"Aruah Ibu saya tidak membenarkan saya jadi pelukis, tambahan pelukis jalanan seperti ini. Dia sakit kemudian meninggal dunia sebelum sempat saya menjeguknya"

"Dia meninggal kerana awak?"

"Mungkin" jawapnya pendek. Matanya berkaca.

"Tadi awak kata, awak pernah dihalau kenapa?" tanya ku setelah suasana tenang kembali. Dia ketawa tiba-tiba.

"Nampaknya awak berminat untuk tahu" Aku diam. Dia mematikan ketawa kembali merenung potret wajah ibu tua itu.

No comments: