26 April 2008

TERIMA KASIH

Susahkah untuk mengucapkan terima kasih. Sukarkah untuk memberi sikit penghargaan, selain dari mencari salah dan silap . Sukarkan untuk memikirkan sedikit apa yang telah si dia lakukan ... atau apa yang di lihat cuma kesilapan demi kesilapan, kesalahan demi kesalahan.. kelemahan demi kelemahan.. tidak dapatkah untuk menoleh dan melihat sedikit apa yang telah diperlakukan oleh si dia dari hanya merasakan seolah-olah si dia tidak pernah berbuat apa-apa. Apakah dengan hanya kesilapan kecil terus sahaja menghukum?... Adilkah begitu. . pernahkah kita fikirkan semula apa yang telah si dia lakukan yang tidak kita lakukan dan apa yang telah si dia bereskan apabila kita tidak sempat atau tidak punyai waktu itu. Janganlah kerana perkara yang kecil-kecil terus sahaja menghukum seolah si dia membuat kesalahan yang cukup besar dan perlu di hukum. Cubalah fahami si dia dan terimalah si dia se adanya.

No comments: