26 April 2008

ARTIS VETERAN




S.Shamsuddin, Hasimah Yon,  Zaiton dan Neng Yatimah
 Petang ini memgembirakan aku kerana dapat bertemu dengan artis-artis veteran seangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee. Ada Neng Yatimah, Momo Latif, Zaitun, S.Shamsuddin, Aimi Jarr, Kassim Masdor, Dayang Sulu, Hashimah Yon, Mariani dan ramai lagi yang tidak disebut namanya disini. Kalaulah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee masih hidup. Dapat dirasai keikhlasan persahabatan antara mereka. Aku juga dapat bertemu dan berbual dengan Artisan fotografi terkenal yang memang aku ingin bertemu sejak dulu, Soraya dan suaminya Ariff. Aku benar-benar berterima kasih kepada Datuk Aziz Sattar atas jemputannya ke pelancaran buku tulisannya bersama saudara Mustafa A.R - 'Filem-Filem P.Ramlee' di Saloma Bistro . Teriam kasih juga atas hadiah buku tersebut kepada aku dan suami.

No comments: